Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome incognito Memang Sulit, Tetapi Bos Anda Masih Boleh Melihatnya

Google Chrome incognito Memang Sulit, Tetapi Bos Anda Masih Boleh Melihatnya

Diterbitkan November 22, 2017 oleh Wiser MY

Sekiranya anda masih percaya yang mod incognito di pelayar anda membuatkan anda halimunan, ternyata anda salah. Mungkin ramai sudah mengetahuinya kerana anda peka dengan apa yang disampaikan namun masih ada sesetengah yang mungkin terlepas pandang.

Pembangun Google, Darin Fisher yang membantu menghasilkan Chrome, telah memberitahu majalah Thrilist, terdapat kenyataan yang diberikan apabila anda membuka mod incognito. Kehadiran anda boleh dikesan oleh laman sesawang yang anda lawati, bos tempat kerja anda dan juga penyedia perkhidmatan internet.

Mod ini sesuai kepada mereka yang tidak mahu aktiviti mereka dilihat oleh orang lain dalam rangkaian Wi-Fi anda dan juga untuk peranti yang digunakan oleh orang ramai seperti komputer di perpustakaan.

https://assets3.thrillist.com/v1/image/2719352/video/desktop.webm

Sejarah laman sesawang juga tidak akan disimpan di dalam komputer termasuk ‘cookies’ yang mengambil data anda untuk tujuan lawatan seterusnya ke laman sesawang yang sama. Oleh itu, gunakanlah teknologi yang tersedia dengan bijak dan tidak semua orang halimunan di dalam mod incognito.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY