Microsoft turut mengesahkan berita ini dengan memberitahu pengguna hanya boleh mengekses aplikasi yang dimuatkan dalam Windows Store sahaja. Ini bermakna pengguna Windows 10s terpaksa menggunakan Microsoft Edge atau Bing dalam peranti mereka.
Browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox pun sebenarnya sehingga sekarang tidak ada dalam Windows Store.
Microsoft kini sedang membawakan satu fungsi yang dinamakan Project Islandwood, yang membenarkan peralihan dari perisian Win32 ke aplikasi UWP.
Ini bermakna, jika Google mahu membawakan enjin carian mereka di Windows Store, Project Islandwood adalah jawapannya. Akan tetapi Google akan terpaksa membina browser yang baru (from scratch) menggunakan platform yang digunapakai oleh Microsoft.
Microsoft memberitahu, langkah yang dibawakan mereka ini adalah bertujuan untuk memperkasakan tahap keselamatan peranti mereka. Microsoft Edge didakwa mereka bebas daripada malware.
"Browser yang lain juga patut melakukan perkara yang sama diketengahkan oleh Microsoft Edge. Jadi jika mereka mahu membawakan enjin carian mereka ke dalam Windows Store, mereka harus membina semula mengikut syarat yang ditetapkan" kata juru cakap dari Microsoft.
Sumber
Berkaitan
- Wireless Earbud Yang Korang Mungkin Tak Pernah Tahu
- ASUS Zenfone 5Z 256GB Boleh Didapati Pada Harga RM500 Lebih Murah Sehingga Esok
- Remaja Kini Banyak Habiskan Masa Menggunakan Internet
- Honor Pula Acahkan Pelancaran Peranti Dengan Rekaan Lubang Kecil Pada Skrin
- Selamat Tinggal 'Notch'- HONOR View20 Bakal Menerjah Tanah Air Pada 26 Januari Ini
- Apple Beri Amaran Sebahagian iPhone 8 Mungkin Akan Mengalami Masalah, Tawar Gantian Percuma Kepada Pengguna
- PS4 Kekal Menerajui Konsol Paling Laris Di Dunia
- DJI Akan Lancarkan Drone Terbaru Mereka 15 November Ini
- Galaxy Fold Tidak Hadir Pada Bulan Julai, Mate X Ditunda Sehingga September
- Tiga Warna Cerun Oppo F9 Bakal Mencetus Perubahan Pada Trend Warna Telefon Pintar