Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Akan Lancarkan Drone Terbaru Mereka 15 November Ini

DJI Akan Lancarkan Drone Terbaru Mereka 15 November Ini

Diterbitkan November 3, 2016 ยท Dikemas kini November 3, 2016 oleh Haikel Areff

Selepas beberapa insiden ketirisan gambar drone ‘Inspire’ pada bulan lepas, sebuah syarikat pembuat drone DJI sudah bersedia mengumumkan peranti baru mereka bulan ini. DJI telah menghantar jemputan untuk majlis perasmian yang dipanggil ‘Control/Create’ di Los Angeles 15 November ini, yang mana dikatakan akan menjanjikan pengumuman besar dari DJI

033116wb33jyxmz3oj9s98

Drone Inspire model pertama dilancarkan pada tahun 2014. Inspire 1 adalah sebuah drone yang sangat berkuasa pada waktu itu dengan menawarkan strim video berkualiti tinggi dan rakaman dari atas udara. Namun model ini malangnya telah di kalahkan oleh pesaing mereka dan drone dari DJI sendiri. Menurut gambar yang tertiris tersebut, diperlihatkan drone berwajah Inspire versi 2014 cuma ianya nampak lebih kecil dan padat.

inspire_2_top_qcg

Dengan teknologi dan hasil dari DJI sebelum ini seperti Phantom 4 dan Mavic Pro, kami dapat menjangkakan DJI akan tampil dengan drone Inpire 2 yang mempunyai kawalan automatik dan fungsi mengikuti target seperti Mavic Pro. Kurang daripada itu, bermakna Inpire 2 adalah gagal.

Sama-sama kita nantikan 15 November ini.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY