Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja Kini Banyak Habiskan Masa Menggunakan Internet

Remaja Kini Banyak Habiskan Masa Menggunakan Internet

Diterbitkan Disember 2, 2019 ยท Dikemas kini Disember 2, 2019 oleh Haikel Areff

Generasi masa kini dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain gajet atau peralatan elektronik berbanding membuat aktiviti di luar rumah. Meskipun kewujudan gajet diakui banyak memberi kelebihan untuk kegunaan harian masa kini, namun pastinya membawa keburukan jika penggunaannya tidak dikawal.

Satu tinjauan telah dilakukan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 85.6 peratus remaja di kawasan Lembah Klang adalah pengguna internet dan 29 peratus daripadanya mengalami ketagihan internet.

“Memang tidak dapat dinafikan penggunaan gajet mempunyai banyak faedah, namun teknologi juga mampu memberi kesan negatif terutamanya kepada golongan ini jika mereka menyalahgunakannya tanpa pengawasan orang tua,” ujar Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Peranti yang digunakan oleh mereka untuk melayari internet adalah 94 peratusnya datang dari pengguna telefon pintar, komputer 62 peratus, manakala 31 peratus peranti tablet.

Tinjauan pendapat ini juga memperlihatkan 78.3 peratus ibu bapa di kawasan itu membenarkan anak-anak mereka memiliki gajet sejak di usia muda. Sikap masyarakat yang terlalu terikat dengan gajet ini membimbangkan sehingga kerana dikhuatiri menjadikan golongan muda ini tidak peka dengan keadaan disekeliling mereka.

Sebelum ini, LPPKN dengan kerjasama UNICEF telah menganjurkan forum yang membincangkan topik berkaitan keselaman kanak-kanak di alam siber dan jenayah seksual kanak-kanak.

Jadi, susulan bagi tinjauan ini, pihak kementerian juga bakal mengambil beberapa langkah dalam menangani isu tersebut termasuklah dengan mengadakan forum serta majlis ilmu kekeluargaan.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY