Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Pula Acahkan Pelancaran Peranti Dengan Rekaan Lubang Kecil Pada Skrin

Honor Pula Acahkan Pelancaran Peranti Dengan Rekaan Lubang Kecil Pada Skrin

Diterbitkan Disember 6, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas Huawei, Lenovo dan Samsung mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan peranti dengan rekaan lubang kecil bagi menggantikan takuk, kini tiba giliran Honor pula melakukannya.

Pengeluar dari China tersebut dilihat telah mengeluarkan satu poster acah bagi sebuah majlis pelancaran yang akan diadakan di Paris, Perancis pada 22 Januari tahun hadapan.

Honor Pula Acahkan Pelancaran Peranti Dengan Rekaan Lubang Kecil Pada Skrin

Menggunakan slogan “See The Unseen”, telefon ini akan mempunyai lubang kecil seakan Samsung A8s dan Huawei Nova 4 bagi menyorokkan kamera hadapan peranti. Rekaan ini digelar sebagai HIAA(Hole in Active Area).

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan nama peranti berkenaan yang berjaya diperolehi setakat ini. Bagaimanapun, peranti ini berkemungkinan besar tidak akan hadir dengan cip tercanggih HiSilicon, Kirin 980.

Jika tahun ini adalah tahun bagi penghasilan peranti dengan rekaan takuk, berkemungkinan besar 2019 pula akan menjadi tahun untuk HIAA pula.

 

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY