Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS4 Kekal Menerajui Konsol Paling Laris Di Dunia

PS4 Kekal Menerajui Konsol Paling Laris Di Dunia

Diterbitkan Ogos 2, 2017 · Dikemas kini Ogos 2, 2017 oleh Haikel Areff

Sony PlayStation 4 kekal sebagai pendahulu liga konsol dengan jualan 63.3 juta unit sehingga 30 June yang lepas.

Hasil jualan PS4 adalah dua kali ganda berbanding pesaing mereka, Xbox One. Walaupun Microsoft tidak lagi mengeluarkan data statistik jualan kepada umum, dijangka jualannya adalah sekitar 30 juta unit menurut Business Insider.

PS4 Kekal Menerajui Konsol Paling Laris Di Dunia

Tahun ini sahaja, dari 1 April hingga 30 Jun, PS4 telah berjaya dijual sebanyak 3.3 juta unit dan secara perbandingan, Nintendo Switch hanya dijual sebanyak 4.7 juta unit secara total.

Antara kunci kejayaan PlayStation 4 adalah tanda harganya yang lebih rendah sewaktu pelancaran pada tahun 2013 berbanding Xbox One. Rekaan yang cantik turut menjadi penarik kepada pembeli dan juga beberapa barisan permainan blockbuster seperti “Uncharted 4: A Thief’s End” ,“Horizon Zero Dawn” dan “Bloodborne,” menjadikan PS4 konsol yang wajib dibeli oleh gamers.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY