Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiga Warna Cerun Oppo F9 Bakal Mencetus Perubahan Pada Trend Warna Telefon Pintar

Tiga Warna Cerun Oppo F9 Bakal Mencetus Perubahan Pada Trend Warna Telefon Pintar

Diterbitkan Ogos 4, 2018 oleh Haikel Areff

Melalui model P20 Pro Edisi Twillight, Huawei telah menjadi pemangkin kepada trend baru bagi warna peranti telefon pintar dengan dua tona warna yang berbeza. Namun kini, tiba masanya untuk Oppo F9 pula menyerlah dengan variasi warna cerunnya yang amat menarik.

Walaupun masih belum diperkenalkan secara rasmi, imej sebenar peranti ini telah pun didedahkan oleh pihak Oppo melalui kiriman-kiriman di beberapa laman media sosial mereka. Oppo F9 ini akan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Sunrise Red, Twillight Blue dan Starry Purple.

Tiga Warna Cerun Oppo F9 Bakal Mencetus Perubahan Pada Trend Warna Telefon PintarKredit : Oppo Malaysia

Menggunakan cogan kata ‘warna tidak mempunyai sempadan’ atau ‘color has no boundaries’, Oppo menjadikan kelopak bunga sebagai inspirasi dalam menghasilkan rupa bentuk peranti ini. Jurugambar eksklusif Oppo Malaysia, Keda.Z Feng telah menonjolkan keindahan warna peranti dalam beberapa gambar yang dihasilkan.

Screen Shot 2018-08-04 at 3.15.32 PM-sideKredit : Oppo Malaysia

Beliau berpendapat, Oppo telah menggunakan rekaan warna yang tidak pernah dihasilkan oleh mana-mana pengeluar telefon pintar sebelum ini. Menurut Keda.Z, apa yang dilakukan oleh Oppo pada model F9 ini adalah sesuatu tindakan yang berani untuk membawa sesuatu kelainan.

Beliau juga cenderung untuk meluahkan pandangannya menerusi setiap foto yang diambil kerana percaya bahawa warna tidak mempunyai sebarang sempadan. Malah Keda.Z yakin bahawa keindahan warna cerun yang digunapakai pada peranti Oppo F9 ini nanti akan berjaya menambat hati pengguna terutamanya golongan muda.

Tiga Warna Cerun Oppo F9 Bakal Mencetus Perubahan Pada Trend Warna Telefon Pintar

Tambahan pula, Oppo F9 ini bukan hanya tertumpu kepada kecantikan reka bentuknya sahaja. Namun, ia turut akan muncul sebagai peranti pertama yang hadir dengan reka bentuk skrin tirai atau waterdrop screen design. Bagaimanapun, Oppo masih lagi berahsia daripada memberikan makluman lanjut berkenaan reka bentuk skrin ini.

Mungkin kita akan dapat mendengar dengan lebih lanjut berkaitan perkara tersebut menjelang majlis pelancaran Oppo F9 ini nanti. Untuk tidak terlepas dari mengetahui info terkini berkenaan peranti ini, anda boleh ikuti laman sesawang rasmi, Facebook dan Twitter rasmi Oppo Malaysia.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY