HONOR mempamerkan rekaan kamera selfie 'indisplay' 25MP dalam usaha untuk mengubati penyakit 'trend' rekaan 'notch' yang berleluasa di kalangan telefon pintar tahun lepas. Ia turut digelarkan kamera titik atau kamera berlubang.
Kita juga bakal menyaksikan (rekaan kamera berlubang) bakal menjadi 'trend' baru untuk 2019 dengan beberapa lagi jenama lain juga akan mengikuti 'trend' rekaan ini seperti Huawei Nova 4 dan Samsung Galaxy S10.
Peranti ini dilengkapi dengan beberapa teknologi menarik seperti sistem cip terkini HiSilicon Kirin 980, kamera utama 48MP dengan teknologi 3D TOF serta sokongan memori sehingga 8GB RAM.
Ia juga bakal dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas, Huawei SuperCharge 22.5W. Malangnya, ia tidak didatangkan dengan ciri pegimbas cap jari 'indisplay' yang juga bakal menjadi 'trend' untuk tahun ini.
Menurut pihak Honor Malaysia, mereka akan mengadakan Road Show, pelancaran pertama HONOR View20, 26 Januari ini di 1Utama Petaling Jaya. Setakat ini mereka masih berteka teki tentang harga rasmi untuk pasaran tempatan.
Jika dilihat, ia dijual pada harga 3,499CNY (sekitar RM2,125) untuk variasi 6GB+128GB manakala 3,999CNY (sekitar RM2,428) untuk variasi 8GB+128GB.
Berkaitan
- OPPO F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac Depan
- Huawei Siri P20 - Peranti Bermata Tiga Sudah Mendarat di Malaysia
- Honor 10 Lite Dilancarkan Secara Rasmi, Dikuasakan Dengan GPU Turbo 2.0
- Samsung Galaxy A70 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Dikuasakan Oleh Snapdragon 675 & Tri-Kamera Utama
- Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir 'Modern Combat Versus honor International Series eSports'
- Konsert HaVOOC – OPPO Malaysia Raikan Ketibaan OPPO F9 Bersama TV3
- Asus Zenfone Max Pro M2 Mungkin Tidak Menunggu Lama Untuk Tiba Ke Malaysia
- Huawei Nova 4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
- Honor Magic 2 Merupakan Hasil Gabungan Huawei P20 Pro Dan Mate 20 Pro
- Honor 10 Terima Sokongan GPU Turbo Untuk Prestasi Grafik Yang Lebih Mantap