Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Fold Tidak Hadir Pada Bulan Julai, Mate X Ditunda Sehingga September

Galaxy Fold Tidak Hadir Pada Bulan Julai, Mate X Ditunda Sehingga September

Diterbitkan Jun 17, 2019 oleh Haikel Areff

Beberapa minggu lalu, dikatakan pihak Samsung memberitahu media  Korea Selatan mengatakan bahawa peranti boleh lipat mereka, Galaxy Fold, akan tiba sebelum bulan Julai ini. Namun, hari ini dilaporkan pula bahawa tarikh keluaran model itu masih di dalam keadaan samar-samar.

Berdasarkan kenyataan jurucakap syarikat berdasarkan laporan GizChina, sekiranya mereka akan mengadakan acara media tidak lama lagi, mereka sepatutnya sudah membuat sesuatu sekarang tetapi tiada progres mengenai peranti itu sejak ditangguhkan beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, penangguhan model berkenaan adalah berpunca daripada isu paparan skrin yang menjadi masalah utama. Setelah lapisan pelindungnya dibuka, skrin gagal berfungsi seperti normal.

Galaxy Fold Tidak Hadir Pada Bulan Julai, Mate X Ditunda Sehingga September

Namun tidak hanya pihak Samsung sahaja menundakan tarikh pengeluaran peranti mereka, Huawei iaitu pencabar terdekat mereka turut mengumumkan Huawei Mate X turut ditangguhkan. Laporan mengatakan tundaan ini bagi memperbaiki kualiti peranti boleh lipat itu pada bahagian paparan skrin.

Galaxy Fold Tidak Hadir Pada Bulan Julai, Mate X Ditunda Sehingga September

Menurut sumber, pelancaran Mate X akan ditunda sehingga bulan September manakala bagi peranti Galaxy Fold dari Samsung ditunda sehingga tarikh sebenar diumumkan kerana tiada sebarang tarikh terperinci dilaporkan.

Baga juga – Telefon Boleh Lipat Xiaomi Dilapor Akan Dijual Pada Harga Lebih Murah Berbanding Galaxy Fold Dan Mate X,

– Pembeli Galaxy Fold Secara Pra-Tempah Ada Dua Pilihan, Tempahan Batal Secara Automatik Atau Kekalkan Belian,

– Ini Yang Dilakukan Samsung Untuk Atasi Masalah Paparan Galaxy Fold.

Sumber: Giz China, XDA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY