Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Beri Amaran Sebahagian iPhone 8 Mungkin Akan Mengalami Masalah, Tawar Gantian Percuma Kepada Pengguna

Apple Beri Amaran Sebahagian iPhone 8 Mungkin Akan Mengalami Masalah, Tawar Gantian Percuma Kepada Pengguna

Diterbitkan September 4, 2018 · Dikemas kini September 4, 2018 oleh Haikel Areff

Apple dijangka akan memperkenalkan model terkini iPhone mereka dalam satu majlis yang bakal diadakan 12 September nanti. Namun, baru-baru ini mereka telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan sebahagian kecil iPhone 8 yang dikesan mengandungi logic board(papan induk keluaran Apple) bermasalah.

Masalah itu adalah berkaitan dengan proses penghasilannya di mana ia boleh menyebabkan peranti mengalami gejala seperti skrin beku, penghidupan semula berulang kali dan paling teruk, tidak boleh dihidupkan. Atas dasar tanggungjawab, Apple menawarkan proses gantian semula papan berkenaan secara percuma kepada pengguna.

Apple Beri Amaran Sebahagian iPhone 8 Mungkin Akan Mengalami Masalah, Tawar Gantian Percuma Kepada PenggunaKredit : TrustedReviews

Menurut Apple, iPhone 8 yang mempunyai masalah tersebut dijual di antara bulan September 2017 hingga Mac 2018 di Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Macau, New Zealand, dan U.S. Sekiranya anda memiliki peranti yang dibeli di negara berkenaan pada tempoh tersebut, anda mungkin layak untuk menikmati gantian semula percuma yang ditawarkan.

Untuk mengetahui sama ada peranti anda layak atau tidak, anda boleh semak di sini. Namun, perkara yang agak mengecewakan ialah gantian ini hantar boleh dilakukan di negara di mana peranti iPhone 8 itu dibeli. Ini bermakna, pengguna iPhone di Malaysia yang membeli iPhone 8 di negara yang dinyatakan di atas tidak akan dapat menggantikan logic board mereka di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, mereka yang terlibat boleh melayari laman sesawang program ini atau pergi ke mana-mana pengedar Apple yang sah berhampiran anda.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY