Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome Akan Mula Sekat Iklan Yang Membawa Kita Ke Halaman Lain

Google Chrome Akan Mula Sekat Iklan Yang Membawa Kita Ke Halaman Lain

Diterbitkan November 13, 2017 ยท Dikemas kini November 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

Minggu lalu, Google mengumumkan bahawa mereka sedang giat mempersiapkan kemaskini yang bakal membantu pengguna pelayar Chrome dalam menangani masalah iklan yang keterlaluan.

Salah satunya adalah jika anda menekan butang main pada video, dengan tiba-tiba tetingkap baru (redirect ads) akan muncul dan memaparkan iklan yang cukup menyakitkan hati. Menurut syarikat, 1 daripada 5 aduan yang dibuat oleh pengguna adalah berkaitan dengan iklan jenis tersebut.

Google Chrome Akan Mula Sekat Iklan Yang Membawa Kita Ke Halaman Lain
Contoh iklan yang menyusahkan: Anda tekan butang main video dan tiba-tiba komputer atau telefon pintar memuat turun aplikasi secara automatik

Selain daripada itu, antara rungutan pengguna adalah apabila mereka menekan pautan untuk ke tab baru, tetingkap utama bertukar ke halaman iklan dan Google merancang untuk menyekat perkara itu juga.

Menerusi kemaskini Chrome 65 yang akan dikeluarkan nanti, sebarang iklan yang menyusahkan ini akan disekat dan bermula awal Januari tahun hadapan, Chrome Pop-Up Blocker akan menghalang beberapa jenis iklan yang sukar dikesan pengguna, seperti contoh pautan yang menyamar sebagai butang main dan lain-lain.

Google Chrome Akan Mula Sekat Iklan Yang Membawa Kita Ke Halaman Lain
Contoh iklan yang akan dihalang oleh Google Chrome

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY