Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-06-13 at 2.05.36 PM

Waspada Amaran Ralat Palsu Google Chrome, Word Dan OneDrive Ini, Perdaya Pengguna Laksana Skrip Berniat Jahat

Diterbitkan Jun 20, 2024 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Proofpoint mendedahkan kempen pengedaran perisian hasad baharu menggunakan ralat Google Chrome, Word dan OneDrive palsu untuk menipu pengguna agar menjalankan skrip PowerShell kononnya untuk membetulkannya.

Tapi sebenarnya ia berniat jahat bagi memasang perisian hasad.

Proofpoint mendapati, kempen baharu itu digunakan oleh pelbagai pihak termasuklah mereka yang berada di belakang ClearFake, kelompok serangan baharu yang dipanggil ClickFix, dan pelakon ancaman TA571 yang dikenali kerana beroperasi sebagai pengedar spam yang menghantar sejumlah besar e-mel, yang membawa kepada jangkitan perisian hasad dan ransomware .

Muatan yang dijalankan itu termasuklah DarkGate, Matanbuchus, NetSupport, Amadey Loader, XMRig, a clipboard hijacker dan Lumma Stealer.

Waspada Amaran Ralat Palsu Google Chrome, Word Dan OneDrive Ini, Perdaya Pengguna Laksana Skrip Berniat Jahat
Waspada Amaran Ralat Palsu Google Chrome, Word Dan OneDrive Ini, Perdaya Pengguna Laksana Skrip Berniat Jahat
Screenshot 2024-06-13 at 2.05.36 PM
Screenshot 2024-06-13 at 2.06.22 PM

Proofpoint menyatakan, dalam semua kes yang ditemui, pelaku ancaman mengeksploitasi kekurangan kesedaran mangsa mereka tentang risiko melaksanakan perintah PowerShell pada sistem mereka yang pantas klik tanpa periksa.

Mereka juga mengambil kesempatan daripada ketidakupayaan Windows untuk mengesan dan menyekat tindakan berniat jahat yang dimulakan oleh kod yang ditampal.

“Walaupun rantaian serangan memerlukan interaksi pengguna yang ketara untuk berjaya, kejuruteraan sosial cukup bijak untuk membentangkan seseorang dengan apa yang kelihatan seperti masalah dan penyelesaian sebenar secara serentak, yang mungkin mendorong pengguna untuk mengambil tindakan tanpa mengambil kira risiko.”

Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap sebarang tanda amaran yang dipaparkan agar tidak terpedaya terhadap teknik penipuan sebegini.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • PDRM Lumpuhkan Sindiket “Trojan Spymax", Pengguna Android Diminta Waspada Muat Turun Fail APK

Sumber: Proofpoint

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY