Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buang Lebih Dari 700 Ribu Aplikasi Dari PlayStore Sepanjang 2017

Google Buang Lebih Dari 700 Ribu Aplikasi Dari PlayStore Sepanjang 2017

Diterbitkan Januari 31, 2018 oleh Helmi Samsuri

Google PlayStore merupakan platform muat turun yang menghidangkan bermacam-macam aplikasi ciptaan pembangun dari seluruh dunia.

Sebanyak 3.5 juta aplikasi dicatatkan tersenarai dalam PlayStore dan daripada jumlah tersebut, sudah pasti ada yang dibangunkan dengan tujuan tidak baik.

Dua minggu sudah, sebanyak 60 aplikasi yang kebanyakkannya aplikasi kanak-kanak telah dipadam dari senarai muat turun disebabkan mengandungi perisian hasad yang memaparkan iklan berimej lucah.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah jumlah sebenar kerana menurut Google, mereka telah memadam lebih dari 700 ribu aplikasi menggunakan teknologi AI. Peningkatan sebanyak 70% direkodkan untuk tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya.

Antara ciri-ciri aplikasi yang dipadam adalah:

  • Aplikasi ciplak – Aplikasi yang cuba menipu pengguna dengan meniru aplikasi popular.
  • Kandungan yang tidak senonoh – Mengandungi bahan seperti pornografi, perilaku kejam dan ekstrim serta aktiviti jenayah.
  • Aplikasi yang berpotensi memudaratkan – Berpotensi menceroboh data dalam telefon pintar.

Sumber: Developers Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY