Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggodam ‘Baik’ Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang

Google Bayar Pemburu Pepijat Lebih RM52 Juta Pada Tahun 2024

Diterbitkan Mac 12, 2025 oleh ariff bukhari

Para pemburu pepijat pada tahun 2024 lepas pastinya gembira dengan hasil kerja mereka, khususnya mereka yang berdaftar dengan Program Ganjaran Kerentanan (VRP) oleh Google.

Ia selepas Google memaklumkan para pakar keselamatan siber yang berdaftar dengan program itu telah dibayar yang melibatkan jumlah ganjaran sebanyak USD11.8 juta (~52.16 juta).

Google memaklumkan, setakat ini, lebih daripada 600 penyelidik keselamatan daripada seluruh dunia telah berdaftar dengan program tersebut.

Screenshot 2025-03-07 at 11.07.56 AM
Screenshot 2025-03-07 at 11.08.05 AM
Google telah membayar ganjaran sebanyak ~RM287.3 juta sejak 2010 melalui program ganjaran pepijat ini.

Google telah merombak struktur ganjaran VRP dengan menaikkan ganjaran sehingga maksimum USD151,515 (~RM700 ribu).

Malah untuk VRP Mudah Alih kini menawarkan sehingga USD300,000 (~RM1.3 juta) untuk kelemahan kritikal dalam aplikasi peringkat teratas.

Untuk Cloud VRP pula menawarkan anugerah sehingga $151,515 (~RM700 ribu) bagi penemuan kritikal peringkat teratas dan anugerah Chrome kini memuncak pada USD250,000 (~RM1.1 juta).

 

Google turut memperkenalkan buat kali pertama ganjaran penemuan kerentanan AI di mana sepanjang tahun 2024 lepas, mereka telah menerima sejumlah 150 laporan pepijat dengan nilai ganjaran yang dibayar berjumlah USD55,000 (~RM243 ribu).

Pada 2025, Google akan meraikan ulang tahun ke-15 Program Ganjaran Kerentanan (VRP).

Google berkata, mereka akan terus menangani ancaman baharu bagi memastikan keselamatan produk serta perkhidmatannya.

Google turut berterima kasih kepada komuniti pemburu pepijat yang membantu menjadikan produknya lebih selamat, serta mengalu-alukan penyertaan lebih ramai penyelidik keselamatan pada masa depan.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Pengguna Huawei Dilapor Guna Cara Baharu Untuk Pasang Aplikasi Google
  • iOS 18.3.2 Tersedia Dengan Kemas Kini Keselamatan Penting

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY