Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ask Maps

Google Bawa Ask Maps Ke Malaysia, Kini Lebih Mudah Cari Lokasi Dengan AI

Diterbitkan Ogos 7, 2026 oleh Amsyar Latif

Google secara rasmi memperluaskan Ask Maps ke Malaysia sebagai sebahagian daripada pelancaran di lebih 160 negara dan wilayah baharu, membolehkan pengguna mendapatkan jawapan yang lebih pintar terus melalui Google Maps menggunakan teknologi Gemini.

Menurut Google, Ask Maps merupakan transformasi terbesar Google Maps dalam tempoh lebih sedekad.

Ia menggabungkan keupayaan Gemini dengan data peta masa nyata bagi membantu pengguna mencari lokasi atau merancang perjalanan menggunakan pertanyaan dalam bahasa harian.

Sebagai contoh, pengguna boleh bertanya untuk mencari restoran yang sesuai untuk berbual tanpa suasana terlalu bising atau merancang laluan menunggang motosikal yang mempunyai pemandangan menarik.

Ask Maps kemudian akan memberikan cadangan berdasarkan maklumat lokasi yang sentiasa dikemas kini.

Bersama pelancaran ini, Google turut memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada Ask Maps, termasuk paparan maklumat transit secara langsung, maklumat kesesakan semasa, gangguan lalu lintas, serta tahap kesibukan sesuatu lokasi secara masa nyata.

https://x.com/NewsFromGoogle/status/2085375416106135609?s=20

Selain itu, pengguna kini boleh menghantar cadangan kemas kini sesuatu lokasi secara lebih semula jadi melalui perbualan.

Sebagai contoh, jika waktu operasi sesebuah premis berubah, pengguna hanya perlu memaklumkannya kepada Ask Maps, malah boleh memuat naik gambar papan tanda premis untuk membantu Google mengesahkan maklumat tersebut sebelum dikemas kini.

Google turut mengumumkan ciri seperti tempahan makanan, cadangan hotel dan acara tempatan melalui Ask Maps.

Namun, fungsi-fungsi tersebut buat masa ini hanya dilancarkan di Amerika Syarikat, manakala peluasan ke negara lain akan dibuat secara berperingkat.

Bagi Malaysia, pengguna kini boleh mula menggunakan Ask Maps bersama ciri seperti respons yang lebih diperibadikan, maklumat masa nyata serta keupayaan mengingati perbualan terdahulu apabila ciri tersebut tersedia pada akaun masing-masing.

Berkaitan

  • Google Drive Dari PC Tidak Lagi Simpan Gambar/Video Ke Google Photos Bermula 10 Ogos Ini
  • Google Akan Tamatkan Akses Google Assistant Pada Peranti Mudah Alih Mulai 4 September 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY