Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Assistant_

Google Akan Tamatkan Akses Google Assistant Pada Peranti Mudah Alih Mulai 4 September 2026

Diterbitkan Ogos 6, 2026 · Dikemas kini Ogos 6, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini mula menghantar e-mel kepada pengguna bagi memaklumkan bahawa Google Assistant pada peranti mudah alih akan ditamatkan, dengan Gemini mengambil alih sebagai pembantu AI utama pada Android.

Menurut e-mel yang dikongsikan di Reddit, Google akan mengalih keluar akses kepada Google Assistant bermula 4 September 2026. Namun, proses itu dijangka mengambil masa beberapa minggu sebelum dilaksanakan kepada semua pengguna.

Selepas akses kepada Google Assistant dialih keluar, pengguna tidak lagi boleh menggunakan atau bertukar semula kepada Google Assistant pada telefon, tablet atau peranti yang dipasangkan dengan peranti mudah alih.

Google Assistant akan ditamatkan mulai 4 September
Foto: pengguna di platform X

Bagi peranti Android yang memenuhi keperluan minimum dan berada di rantau yang menyokong Gemini, Gemini akan menjadi pembantu AI yang disediakan oleh Google. Ini bermakna apabila pengguna mengaktifkan pembantu menggunakan arahan “Hey Google” atau dengan menekan dan menahan butang kuasa, Gemini akan muncul menggantikan Google Assistant.

Perubahan itu turut melibatkan aksesori dan peranti yang dipautkan kepada telefon, termasuk jam tangan yang menjalankan Wear OS, fon kepala atau fon telinga yang serasi dengan Gemini serta kenderaan yang menggunakan Android Auto melalui sambungan daripada telefon.

Bagaimanapun, bagi kenderaan yang mempunyai Google built-in, Google Assistant akan terus berfungsi selepas 4 September 2026.

Dalam pada itu, Google menegaskan perubahan ini hanya melibatkan pengalaman pembantu pada peranti mudah alih dan aksesori yang dipasangkan dengannya.

Berkaitan

  • Gemini Go Kini Dilancarkan Untuk Peranti Android Go
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Google Drive Dari PC Tidak Lagi Simpan Gambar/Video Ke Google Photos Bermula 10 Ogos Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY