Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (332)

Google Assistant Kini Boleh Bacakan Kandungan Laman Web Untuk Anda

Diterbitkan Mac 5, 2020 oleh Amalina Athman

Pada acara CES 2020, Google mengacah satu fungsi yang membenarkan Google Assistant untuk membaca laman web melalui arahan suara. Kini, fungsi tersebut sudah mula tersedia bagi peranti Android.

Dengan Google Assistant, pelayar anda kini boleh membaca laman web dengan kuat. Setiap kali artikel tertentu dipaparkan pada pelayar peranti Android, anda boleh bercakap, “Hey Google, read it” atau “Hey Google, read this page” dan dengan segera kandungan tersebut akan dibaca melalui arahan suara.

Untuk membantu anda mengikuti bahagian yang sedang dibaca, pelayar secara automatik akan menatal halaman dan menggariskan perkataan yang sedang dibaca. Tahap kelajuan pembacaan juga boleh diubah untuk lebih laju atau perlahan serta boleh memilih pelbagai suara.

Jika kandungan asal halaman tersebut bukan bahasa yang digunakan atau difahami oleh anda, Google Assistant mempunyai keupayaan untuk menterjemah kepada 42 bahasa. Anda boleh menggunakan menu terjemahan untuk memilih bahasa yang diinginkan, dan semua halaman secara automatik akan menterjemah dan membaca dalam bahasa tersebut.

Pada masa ini, ia hanya tersedia bagi peranti Android dan tidak dapat dipastikan sama ada akan turut tersedia bagi peranti iOS, Chrome OS dan Chrome desktop di masa akan datang.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY