Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Android 9 – Teka-Teki Tentang Nama Akhir Bagi Android P Akhirnya Terjawab

Google Android 9 – Teka-Teki Tentang Nama Akhir Bagi Android P Akhirnya Terjawab

Diterbitkan Ogos 7, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2018 oleh Haikel Areff

Setelah membiarkan penggunanya berteka-teki selama beberapa bulan kebelakangan ini, Google akhirnya mendedahkan nama rasmi bagi sistem operasi Android 9-nya, iaitu Android 9 Pie. Pengumuman itu dibuat bersama pelancaran sistem berkenaan bagi peranti keluaran mereka sendiri, Google Pixel.

Ia sekaligus menidakkan ura-ura yang mengaitkan beberapa jenis pencuci mulut lain dengan Android P sebelum ini seperti Pistachio, Popsicle dan Peppermint. Malah, sebelum ini salah satu rakan dagangan Google juga pernah menggunakan Pistachio sebagai nama Android P dalam salah satu kiriman e-mel mereka.

Screen Shot 2018-08-07 at 9.44.36 AM

Walaupun kemaskini ini hanya hadir bagi peranti Pixel buat masa ini, peranti yang menggunakan sistem Android One dan yang terlibat dengan program beta sistem ini seperti OnePlus 6, Xiaomi Mi Mix 2S, Vivo X21, Nokia 7 Plus, Sony Xperia XZ2 serta Oppo R15 Pro juga akan menerima Android Pie sebelum tahun ini berakhir.

Google juga menegaskan bahawa mereka sedang berusaha untuk bekerjasama dengan syarikat pembangun peranti seperti Sony, Xiaomi, Nokia, Oppo, Vivo, OnePlus, dan Essential untuk menyokong Android P pada keluaran terbaru mereka pada masa akan datang.

Screen Shot 2018-08-07 at 9.44.20 AM

Android Pie akan hadir dengan beberapa fungsi menarik seperti 157 emoji baru, penggunaan bateri yang lebih bijak, Apps Timer dan banyak lagi.

Syarikat-syarikat pembangun juga dijangka akan mengeluarkan senarai dan penjadualan penerimaan kemaskini Android Pie pada peranti mereka secara berperingkat dalam masa terdekat.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY