Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Kini Dah Boleh Guna Fungsi MySejahtera Trace

Status Vaksinasi Lengkap 2 Golongan Ini Akan Berubah Jika Tak Buat Sesuatu

Diterbitkan Mac 28, 2022 oleh Firdaus

Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat satu makluman penting kepada penerima vaksin Sinovac dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin.

Status vaksinasi lengkap kedua-dua golongan tersebut akan berubah kepada tidak lengkap pada 1 April 2022 ini sekiranya mereka masih belum mendapatkan suntikan Dos Penggalak. Erti kata lain, profil MySejahtera kedua-dua golongan di atas akan bertukar ke ‘Tidak Lengkap Vaksinasi” sekiranya tiada Dos Penggalak.

Status Vaksinasi Covid
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Walau bagaimanapun, penukaran status vaksinasi ini tidak melibatkan individu 18 ke atas yang menerima vaksin selain daripada Sinovac – (Pfizer, AstraZeneca, CanSino).

Langkah-langkah Pendaftaran Dos Penggalak Secara ‘Walk-In’.

Jika anda layak untuk menerima dos penggalak tetapi masih belum mendapatkan suntikan, anda boleh mendaftarkan diri anda dalam senarai penunggu untuk dos penggalak.

Melalui pendekatan ini anda boleh mendapatkan suntikan dos penggalak secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tanpa temu janji.

Status Vaksinasi Covid

Anda hanya perlu melayari laman sesawang ini dan cari PPV yang berdekatan dengan kawasan rumah anda. Selepas itu, anda boleh mendaftar sebagai penunggu di PPV tersebut. Anda berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai penunggu.

Jenis Vaksin Penggalak Yang Disyorkan Berdasarkan Vaksin Primer

Berikut merupakan jenis vaksin dos penggalak yang disyorkan kepada anda. Saranan tersebut berdasarkan jenis 2 dos vaksin primer yang anda telah dapatkan sebelum ini.

Status Vaksinasi Covid

 

Tambahan lagi, saranan daripada Jawatankuasa Teknikal KKM ini bertujuan untuk memberikan anda perlindungan yang optimum daripada gelaja teruk Covid-19.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca juga:

  • Ini Definisi Vaksinasi Bermula 1 April 2022, Semak Jika Status Anda Berubah
  • Cara Masukkan Rekod Vaksinasi MySejahtera Ke Apple Health
  • Terdapat Isu Teknikal Pada Sistem Janji Temu Vaksin Di Aplikasi MySejahtera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY