Go Pro Tidak Akan Keluarkan Dron Lagi Selepas Ini

Go Pro telah menyatakan hasrat mereka untuk berhenti daripada menghasilkan dron dan Karma merupakan dron terakhir daripada syarikat itu.

Dilaporkan juga syarikat berkenaan merancang untuk mengurangkan kakitangan sebanyak 20% berikutan penjualan yang kurang memberangsangkan. Pada Disember 2016 yang lepas, Go Pro juga telah mengurangkan pekerja mereka sebanyak 15% serta menutup bahagian media hiburan.



Dron Karma pertama kali dilancarkan pada 2016 dan dipasarkan dalam negara pada tanda harga RM5999. Walaubagaimanapun, pelbagai isu timbul berkaitan dron ini dimana terdapat kes ia kehilangan kuasa ketika diudara, ia sudah pasti mencacatkan perancangan syarikat untuk bersaing dengan nama besar dalam arena dron seperti DJI.

Dalam satu kenyataan oleh CEO syarikat, Nicholas Woodman, Go Pro merancang untuk meningkatkan perniagaan syarikat pada tahun 2018 dengan mengeluarkan perkakasan dan perisian baru yang dihasilkan dengan kos yang rendah. Beliau turut menjelaskan bahawa pasaran dron untuk Go Pro sudah tamat.



Sumber: The Verge