Pulau Pinang bakal meriah dengan penganjuran GLOO XPO 2025 yang akan berlangsung dari 16 hingga 21 September di Centre Atrium, Queensbay Mall. Acara ini dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam dan menghimpunkan pelbagai pilihan produk teknologi di bawah satu bumbung.
Antara tarikan utama ialah tawaran baucar eksklusif yang membolehkan pengunjung menikmati lebih penjimatan. Baucar bernilai RM100 boleh didapati pada harga RM20, manakala baucar RM40 pula dijual pada harga RM10. Baucar ini boleh digunakan untuk jenama aksesori terpilih dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi GLOO serta iTworld.
Selain itu, GLOO XPO turut menawarkan Flash Sale setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Dalam tempoh ini, pengunjung berpeluang mendapatkan produk terpilih pada harga serendah RM1. Tawaran ini merangkumi pelbagai barangan seperti aksesori komputer, peranti audio, gajet gaya hidup dan peranti pintar, namun dalam kuantiti terhad.
Sepanjang enam hari penganjuran, acara ini juga menyediakan promosi harian untuk pelbagai kategori termasuk telefon pintar, komputer riba, monitor dan aksesori digital. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan barangan kegemaran dengan harga yang lebih berpatutan.
Bagi yang bertuah, terdapat hadiah bernilai lebih RM28,888 menanti melalui cabutan bertuah serta peraduan media sosial. Selain membeli-belah, pengunjung juga boleh mencuba sendiri produk baharu di tapak acara serta mendapatkan pandangan daripada pasukan pakar GLOO.
{suggest}















