Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AORUS AP1600 AI POWER 3840x2160px

GIGABYTE Lancar Siri Penyejukkan Cecair Dan Pembekal Kuasa Modular Flagship

Diterbitkan Ogos 5, 2026 · Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh ariff bukhari

GIGABYTE baru memperkenalkan perkakasan PC baharu berprestasi tinggi menerusi siri penyejukkan cecair semua dalam 1 (AIO) terbaru, AORUS ELITE 360 dan AORUS ELITE 240 serta pembekal kuasa flagship AORUS P1600W.

Siri AORUS ELITE menampilkan skrin LCD berwarna penuh dengan Paparan Tepi LCD, yang menjejaki sehingga 11 statistik PC berbeza dalam masa nyata termasuk CPU, GPU dan data memori yang boleh dipaparkan serentak.

Untuk siri penyejukkan cecair AORUS ELITE 360, siri ini menawarkan kawalan pencahayaan dinamik, memberikan kebebasan kreatif sepenuhnya untuk pengguna padankan dengan gaya binaan melalui Pusat Kawalan GIGABYTE (GCC).

Sementara Siri AORUS ELITE  240 dengan rekaan yang lebih kompak pula sesuai untuk untuk binaan PC yang lebih kecil.

Dari segi prestasi, sistem ini direka dengan ciri penyejukan berkecekapan tinggi bagi memastikan aliran udara optimum dan suhu CPU kekal stabil walaupun di bawah beban kerja berat.

2026 AORUS ELITE cooler_360_3840x2160
Siri AORUS ELITE  ini tersedia dalam varian 360mm dan 240mm menerusi model AORUS ELITE 360, AORUS ELITE 360 ICE, AORUS ELITE 240 dan AORUS ELITE 240 ICE.

Untuk pembina PC berprestasi tinggi yang mahukan pembekal kuasa baharu, GIGABYTE AORUS P1600W dengan rekaan modular pastinya akan menjadi idaman.

Dengan 1600W kuasa dan pensijilan 80 PLUS Titanium, ia menawarkan prestasi mantap serta penggunaan tenaga yang efisien yang direka khas untuk peminat PC dan sistem AI tempatan yang memerlukan tenaga maksimum dengan kecekapan tertinggi.

Malah reka bentuknya yang kompak, menjadikan P1600W antara unit 1600W paling kecil di pasaran.

AORUS P1600W 80+ Titanium Modular PCIe 5.1 AI TOP_06
AORUS P1600W 80+ Titanium Modular PCIe 5.1 turut dilengkapi paparan LCD masa nyata untuk pemantauan kuasa dan sistem, serta pengurusan kabel yang kemas bagi binaan PC moden.

Kesemua barisan produk Gigabyte baharu ini sudah pun mula berada di pasaran.

Untuk info lanjut tentang siri AORUS ELITE 360, layari CPU Cooler – GIGABYTE Malaysia, dan info lanjut pembekal kuasa baharu GIGABYTE AORUS P1600W pula, layari AORUS P1600W 80+ Titanium Modular PCIe 5.1 AI TOP Power Supply – GIGABYTE Malaysia

Berkaitan

  • Pasukan GIGABYTE Pecah Rekod Dunia – Catat Kelajuan RAM DDR5-13556 MT/s Di Computex 2026
  • GIGABYTE Perluas Ekosistem 'AI TOP' – Sedia Superkomputer Tempatan Siri AI TOP 100 B850
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY