Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GIGABYTE Perluas Ekosistem ‘AI TOP’ – Sedia Superkomputer Tempatan Siri AI TOP 100 B850

GIGABYTE Perluas Ekosistem ‘AI TOP’ – Sedia Superkomputer Tempatan Siri AI TOP 100 B850

Diterbitkan Jun 10, 2026 oleh Amsyar Latif

GIGABYTE memperluas penawaran ekosistem AI TOP mereka dalam acara Computex 2026 baru-baru ini. Berpaksikan visi “Create Your Own AI on Your Own Desk”, AI TOP merupakan sebuah ekosistem pengkomputeran AI tempatan yang menggabungkan perkakasan khas serta sistem yang dioptimumkan untuk memudahkan pembinaan dan penggunaan model kecerdasan buatan tanpa bergantung kepada storan awan.

Sorotan utama tertumpu kepada pengenalan sistem AI TOP 100 B850 terbaharu yang direka khusus untuk mengendalikan beban kerja ejen AI yang berat secara berterusan.

Superkomputer kompak ini dijana oleh pemproses AMD Ryzen 9 9950X dan ditawarkan dengan pilihan kad grafik berkuasa tinggi sama ada NVIDIA GeForce RTX 5090 atau AMD Radeon AI PRO R9700.

Bagi menjamin kestabilan operasi, ia menyokong memori RAM DDR5-5600 sehingga 128GB serta dipadankan bersama bekalan kuasa (PSU) gred pelayan 1600W 80 PLUS Platinum.

Secara keseluruhan, ekosistem perkakasan AI TOP ini merangkumi komponen papan induk, kad grafik, SSD, dan bekalan kuasa khusus seperti AORUS P1600W 80 PLUS Titanium Modular PCIe 5.1 AI TOP. Portfolio penempatan ini dibahagikan kepada tiga peringkat utama:

  • AI TOP ATOM: Untuk kegunaan peribadi dan pengkomputeran edge AI.
  • AI TOP 100 (Z890 / B850 Baharu): Untuk keperluan pembangun perisian dan penggunaan dalam pasukan.
  • AI TOP 500 (TRX50): Untuk kegunaan skala perusahaan serta penyelidikan AI berskala besar.

Bagi menyokong pengoperasian lasak 24/7, setiap sistem AI TOP telah menjalani proses pengesahan ketat dan disahkan serasi secara terus (pre-validated) merentasi lebih daripada 100 rangka kerja AI terkemuka industri termasuk PyTorch, TensorFlow, dan OpenClaw.

Berkaitan

  • Sasar Kuasa Ekstrem Ryzen 9950X3D, GIGABYTE Pertaruh Siri X870 INFINITY Bersama RAM Latensi Rendah CL24
  • Pasukan GIGABYTE Pecah Rekod Dunia – Catat Kelajuan RAM DDR5-13556 MT/s Di Computex 2026
  • GIGABYTE Lancar Laptop Gaming AI 2026 – Hadir Dengan GPU Siri RTX 50 Dan Ejen Pintar 'GiMATE'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY