Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kredit puspakom_2

3 Syarikat Baharu Dilantik Laksana Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor

Diterbitkan Februari 10, 2025 ยท Dikemas kini Februari 10, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) baru-baru ini memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melantik tiga syarikat baharu bagi melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM), selain daripada PUSPAKOM.

Untuk rekod, pemilihan ini berdasarkan tawaran permohonan yang telah dibuka pada 1 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024.

Sepanjang tempoh tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima sebanyak 12 permohonan. Setelah melalui proses penilaian yang teliti, tiga syarikat baharu dipilih untuk melaksanakan PPKM Fasa Pertama.

PELANTIKAN SYARIKAT-SYARIKAT BAHARU BAGI MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN KENDERAAN MOTOR (PPKM) v6-2

Jelas MOT, pelantikan ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria utama seperti syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh dengan modal berbayar minimum RM10 juta, berstatus Sendirian Berhad serta pemilikan tempatan.

Antara lainnya termasuk lokasi yang dipohon perlu selari dengan senarai lokasi yang ditetapkan MOT, kertas kerja menunjukkan potensi, tapak lokasi yang sesuai serta lantikan syarikat yang meliputi kawasan di Semenanjung Malaysia (Wilayah Tengah, Timur dan Selatan) serta Sarawak (Borneo).

Lesen Operasi

Ketiga-tiga syarikat berkenaan akan diberikan tempoh 24 bulan untuk melengkapkan keperluan infrastruktur termasuk pembangunan premis, perolehan peralatan pemeriksaan serta mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan.

Sepanjang tempoh itu, MOT melalui JPJ akan menjalankan pemantauan berterusan untuk memastikan syarikat yang dilantik mematuhi semua syarat dan standard operasi PPKM.

Sementara Lesen Operasi hanya akan diberikan setelah syarikat tersebut memenuhi sepenuhnya keperluan peraturan dan kelengkapan peralatan serta bersedia untuk memulakan operasi.

Fasa kedua permohonan PPKM

Bagi memperluas perkhidmatan PPKM, MOT menyatakan pihaknya akan membuka semula permohonan bagi PPKM Fasa Kedua bermula 1 Mac 2025 hingga 31 Jun 2025.

Kementerian itu menegaskan bahawa pembukaan lebih banyak PPKM bertujuan untuk meningkatkan persaingan sihat serta memastikan pemeriksaan kenderaan yang lebih berkualiti demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pemilik Perlu Peka Pengumuman Panggilan Semula Kenderaan Untuk Pemeriksaan - Loke
  • MOT Kaji Cadangan Wujud Pusat Latihan Memandu Bertingkat
  • Menteri Pengangkutan Melancarkan Aplikasi Jual Motosikal Terpakai

Sumber: Kementerian Pengangkutan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY