Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
model y

Miliki Tesla Model Y Serendah RM60/hari, Varian Prestasi Dapat Kredit ‘Supercharging’ Percuma

Diterbitkan Julai 4, 2024 · Dikemas kini Julai 4, 2024 oleh ariff bukhari

Dalam usahanya untuk menggalak dan memudahkan rakyat Malaysia untuk memiliki kereta elektrik (EV) Tesla Malaysia kini menawarkan program kadar faedah rendah kepada para pelanggannya.

Program itu ditawarkan untuk pembelian ke atas Tesla Model Y di mana pelanggan boleh memiliki EV itu pada bayaran ansuran harian dari serendah RM60/hari dengan tempoh 84 bulan dengan pembiayaan pilihan rakan kongsi Tesla – Public Bank dan Maybank.

Tawaran ini terpakai untuk Model Y Pacuan Roda Belakang, Julat Jauh dan Prestasi, stok sedia ada sahaja.

tesla low interest rate program
Program kadar faedah rendah ini adalah untuk stok sedia Model Y dari sekarang hingga 30 September 2024. Pengiraan berdasarkan jumlah pinjaman sebanyak 25% bayaran pendahuluan dan tempoh 84 bulan.

Pelanggan mesti melengkapkan dan mengambil penghantaran sebelum 30 September 2024 untuk menikmati tawaran ini.

Selain insentif kadar faedah yang rendah, tawaran eksklusif tersedia untuk stok sedia Model Y Prestasi sementara stok masih ada.

Pelanggan boleh memilih daripada menerima kredit Supercharging percuma 10,000KM atau mendapatkan pilihan warna luaran atau dalaman percuma.

Harga model Y

Ketahui lebih lanjut tentang program ini dengan lawati  tesla.com/event/tesla-modely-inventory atau hubungi 1800810655 untuk menjadualkan perundingan tentang program insentif atau untuk pandu uji Tesla idaman anda.

Berkaitan

  • Tesla Malaysia Turunkan Harga Model 3 Dan Model Y, Kini Hanya Dari RM181 Ribu Sahaja
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Siaran media Tesla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY