Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grave of the Fireflies

Tonton Filem Animasi Berdasarkan Kisah Benar Ini Eksklusif Di Netflix Bermula 16 September 2024

Diterbitkan September 11, 2024 ยท Dikemas kini September 11, 2024 oleh ariff bukhari

Hujung minggu ini siap sedia dengan tisu sekotak siap-siap-siap.

Ini kerana, Netflix secara eksklusif akan menayangkan sebuah filem animasi terbitan studio legenda Jepun, Studio Ghibli yang bertajuk “Grave of the Fireflies“.

Filem animasi penuh emosi itu dijadual akan boleh distrim para pelanggan Netflix mulai 16 September 2024 ini yang akan tersedia di lebih 190 negara (tidak termasuk Jepun).

Filem animasi ini telah diiktiraf sebagai salah satu animasi terbaik sepanjang zaman yang pernah diterbitkan.

Berdasarkan cerpen Akiyuki Nosaka yang memenangi Hadiah Naoki, “Grave of the Fireflies” berlatarkan Kobe berhampiran penghujung Perang Dunia II yang menggambarkan nasib tragis adik-beradik yatim piatu perang dan kengerian zaman itu.

Filem ini membawa anda mengikuti perjalanan, Seita, seorang anak lelaki askar Tentera Laut yang penyayang dan keras kepala dan adik perempuannya, Setsuko.

Perjuangan maut mereka untuk terus hidup bermula apabila Jepun dibom oleh Amerika. Ibu mereka yang cedera parah meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Filem ini dicipta oleh pengarah legenda Isao Takahata, pengasas bersama Studio Ghibli yang diterbitkan pada tahun 1988 dahulu.

“Grave of the Fireflies” diilhamkan oleh pengalaman pengarang cerpen itu sendiri yang menjadi asas kepada anime itu di mana dia dan kakaknya bernama Keiko yang masih kanak-kanak semasa Perang Dunia II.

Walau bagaimanapun, Nosaka tidak dapat menyediakan dengan secukupnya untuk Keiko lalu meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan pada tahun 1945.

Terharu dengan kesedihan dan rasa bersalah kerana terselamat, Nosaka menulis kisahnya dengan harapan dapat berdamai dengan pengalaman traumatiknya.

Cerita itu sebahagiannya ditulis sebagai permohonan maaf Nosaka kepada kakaknya itu.

Cuma terdapat sedikit perbezaan dari animasi itu seperti Nosaka diambil oleh ibu saudaranya apabila ibunya meninggal dunia yang berlaku lebih awal dalam kehidupan sebenar iaitu sejurus selepas kelahirannya.

Pengeboman Kobe pula meragut bapa saudaranya, tetapi bukan ibu saudaranya yang terselamat walaupun melecur dengan dahsyat.

Nosaka dan Keiko kemudian mula berhijrah dari satu tempat perlindungan ke tempat perlindungan yang lain seperti dalam filem itu.

Jadi, jangan lupa menonton filem animasi “Grave of the Fireflies” berdurasi 1 jam 28 minit ini di Netflix pada hari Isnin, 16 September 2024 nanti.

Sumber: Netflix, Ghibli Blog: Studio Ghibli,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • "Dragon Ball" Akan Kembali Oktober Ini, Tonton Treler Rasmi Sekarang
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY