Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai

Dikemas kini pada 11.15p.m, Sabtu 26Jun 2021.

Penyedia rangkaian telekomunikasi Celcom memaklumkan sebahagian pelanggan mereka di dalam 6 buah negeri ini akan mengalami gangguan perhidmatan sehingga 4 Julai 2021.

6 Negeri yang dimaksudkan adalah Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.

Celcom menyatakan, sebahagian pelanggan Celcom di negeri terbabit akan mengalami gangguan perkhidmatan suara, mesej SMS dan perkhidmatan data.

"Due to a Measat satellite service outage, some customers in the rural parts of Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Sarawak and Sabah may find their voice, SMS and data services experience affected. Our technical team is working alongside our partner to ensure services are back to normal by 5 July 2021." Celcom

Ia berikutan masalah yang dihadapai oleh satelit MEASAT yang dilaporkan sebelum ini.

Berikut adalah senarai kawasan yang terjejas seperti yang dinyatakan oleh pihak Celcom:-

Perak – Batang Padang, Manjung, Hulu Perak, Sungai Tinggi, Pulau Kamiri, Sungai Siput, Tapah

Johor – Mersing, Labis

Pahang – Raub, Bera, Lipis

Sarawak – Kapit, Sibu, Miri Town, Bintulu, Kuching, Belaga, Samarahan, Kanowit, Song, Serian

Terengganu – Hulu Terengganu

Sabah – Pulau Layang-Layang, Tawau, Beluran, Nabawan, Sook

SKMM dalam satu kenyataan telah memaklumkan masalah yang berlaku ke atas satelit MEASAT-3 telah menyebabkan gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran.

Sehingga kini punca kejadian sebenar masih belum diketahui, namun siasatan awal yang dijalankan mendapati, berlakunya kegagalan thruster sehingga menjejaskan posisi satelit MEASAT-3.

Ia mengakibatkan gangguan ke atas pelbagai perkhidmatan seperti Direct-to-Home (DTH), pengagihan saluran video, perkhidmatan telefon mudah alih oleh pihak penyedia perkhidmatan dan juga perkhidmatan Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Selain itu, Celcom turut memaklumkan mereka akan menjalankan penyelenggaraan perkhidmatan pada 26, 28 Jun dan 1 Julai nanti yang bermula dari jam 12.00a.m hingga 6.00a.m

Kawasan yang terlibat dengan penyelenggaraan itu adalah seperti berikut:-

26 Jun 2021

12:00am – 4:00am:

Kedah – Kota Setar Metro, Jitra

Pulau Pinang – Permatang Pauh

28 Jun 2021

12:15am – 4:00am: Selangor – Sungai Buloh, Rawang, Bestari Jaya, Ijok, Kapar, Meru, Shah Alam, Puchong, Banting, Kg Melayu Subang

28 Jun 2021

1:00am – 3:00am: Sarawak – Batu Niah

1 Julai 2021

12:00am – 6:00am: Beberapa lokasi di seluruh negara.

Sumber: Celcom

Baca juga: Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro

Komen