Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
measat 3

Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro

Diterbitkan Jun 24, 2021 · Dikemas kini Jun 24, 2021 oleh ariff bukhari

Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran menggunakan satelit MEASAT-3 yang berlaku sejak 21 Jun 2021 lalu akhirnya berjaya dipulihkan.

Beberapa hari lalu telah berlakunya gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran sehingga menyebabkan siaran langganan tv berbayar seperti Astro tidak dapat diakses oleh para pelanggannya.

Berdasarkan kepada laporan yang dihantar oleh pihak MEASAT kepada SKMM, gangguan itu didapati berpunca daripada masalah yang berlaku ke atas satelit MEASAT-3.

Walaubagaimanapun punca kejadian sebenar masih belum diketahui, namun siasatan awal yang dijalankan mendapati, berlakunya kegagalan thruster sehingga menjejaskan posisi satelit MEASAT-3.

Jadi bagi menangani isu itu, MEASAT menggunakan back-up thrusters bagi mengawal satelit berkenaan tanpa sebarang impak kepada operasi dan jangka hayat satelit yang dimaksudkan.

Insiden tersebut telah mengakibatkan gangguan ke atas pelbagai perkhidmatan seperti Direct-to-Home (DTH), pengagihan saluran video, perkhidmatan telefon mudah alih oleh pihak penyedia perkhidmatan dan juga perkhidmatan Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Dianggarkan seramai 14,000 pelanggan telah terjejas dengan insiden itu.

SKMM juga memohon pengguna awam untuk terus menghubungi MEASAT sekiranya perkhidmatan yang dilanggani masih lagi terjejas.

MEASAT boleh dihubungi (24jam) menerusi talian 03-8213 2188 atau 03-2332 3838.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY