Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Rakyat_1

Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas – Bank Rakyat

Diterbitkan November 7, 2026 ยท Dikemas kini November 7, 2026 oleh Amalina Athman

Gangguan yang menyebabkan laman web korporat Bank Rakyat tidak dapat diakses buat sementara waktu berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Perkara itu dimaklumkan Bank Rakyat menerusi kenyataan terbaharu, susulan makluman kepada pelanggan semalam berhubung gangguan akses laman web korporat berkenaan.

Bagaimanapun, institusi perbankan itu menjelaskan gangguan tersebut hanya melibatkan laman web korporat dan tidak menjejaskan sistem serta operasi perbankannya yang terus berjalan seperti biasa.

Bank Rakyat turut memberi jaminan bahawa data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan kekal selamat serta tidak terjejas sepanjang gangguan itu berlaku.

laman web korporat bank rakyat_1

Sementara kerja-kerja pemulihan akses laman web korporat sedang dilaksanakan, pengguna masih boleh menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif yang disediakan, termasuk laman web iRakyat di https://irakyat.com.my, aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • BNM Denda Bank Rakyat RM1 Juta Susulan Insiden Keselamatan Siber
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY