Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gangguan Elektrik San Francisco Jejas Operasi Kenderaan Pandu Sendiri

Gangguan Elektrik San Francisco Jejas Operasi Kenderaan Pandu Sendiri

Diterbitkan Disember 22, 2025 oleh ariff bukhari

Bekalan elektrik di San Francisco telah dipulihkan ke kebanyakan daripada 130,000 kediaman dan perniagaan yang terjejas akibat gangguan besar selama beberapa jam, menurut penyedia utiliti tempatan utama pada Ahad.

Pacific Gas & Electric Company (PG&E) berkata dalam satu kenyataan di platform X bahawa setakat jam 7:30 pagi (1530 GMT), bekalan elektrik telah dipulihkan kepada kira-kira 110,000 pelanggan, manakala usaha sedang diteruskan untuk menyambung semula baki 21,000 pelanggan.

Menurut pegawai bandar, gangguan bekalan elektrik itu berpunca daripada kebakaran di sebuah stesen pencawang elektrik.

“Kerosakan akibat kebakaran di stesen pencawang kami adalah serius dan meluas, dan kerja pembaikan serta pemulihan selamat adalah rumit. Kami telah menggerakkan jurutera dan juruelektrik tambahan.” kata syarikat itu.

Sebahagian besar hab teknologi Pantai Barat itu, yang mempunyai lebih 800,000 penduduk, bergelap pada Sabtu, menyebabkan gangguan pengangkutan awam dan banyak lampu isyarat tidak berfungsi pada hujung minggu membeli-belah Krismas yang sibuk.

“Saya tahu ini merupakan hari yang sukar,” kata Datuk Bandar San Francisco, Daniel Lurie, dalam sebuah video yang dimuat naik di X dari pusat operasi kecemasan bandar itu.

Banyak lampu isyarat trafik terpadam, memaksa polis trafik mengawal persimpangan, manakala perkhidmatan e-hailing pandu sendiri Waymo menghentikan operasi kenderaannya, tambah beliau.

Beberapa kawasan bandar turut diselubungi kabus dan banyak perniagaan terpaksa ditutup pada kemuncak musim membeli-belah percutian pada Sabtu, lapor akhbar San Francisco Chronicle, menjadikan kawasan komersial yang biasanya sibuk kelihatan sunyi.

Kejatuhan mendadak jumlah pembeli hanya beberapa hari sebelum Krismas adalah “sangat memusnahkan” perniagaan, kata seorang pengurus kedai barangan rumah Black & Gold kepada San Francisco Chronicle. – AFP.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Shoei Lancar Aksesori Visor Helmet Anti-Kabus Elektronik Berharga ~RM800
  • Gantikan NEM, Inisiatif Solar ATAP Akan Dilaksanakan Bermula 1 Januari 2026

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY