Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gobind Singh Deo_Julai 2024_1

Gangguan CrowdStrike: Lima Agensi Kerajaan, Sembilan Syarikat Swasta Terjejas

Diterbitkan Julai 24, 2024 ยท Dikemas kini Julai 24, 2024 oleh Amalina Athman

Sebanyak lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta terjejas akibat gangguan teknologi global yang berlaku pada Jumaat lepas.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata agensi kerajaan berkenaan ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Institut Kesihatan Negara dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Sementara sembilan syarikat swasta itu melibatkan sektor penerbangan, perbankan dan kesihatan.

Kesemua data dalam sektor kerajaan selamat. Tidak ada sebarang ketirisan dan kita lihat tidak ada masalah dari sudut data.

Menurut Gobind, pihaknya telah berjumpa dengan wakil Microsoft dan CrowdStrike bagi menyampaikan mesej tegas bahawa tahap keselamatan mesti diperkukuh.

Microsoft kini dalam proses menyiapkan laporan penuh dan pihaknya meminta syarikat itu mempertimbangkan tuntutan yang dikemukakan syarikat Malaysia yang mengalami kerugian serta kerosakan susulan gangguan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya beliau belum menerima maklumat mengenai anggaran kerugian tersebut.

Walaupun bukan serangan siber, kementerian memandang perkara ini dengan serius. Gangguan ini menunjukkan kelemahan sistem teknologi dan boleh menyebabkan kehilangan dan kerosakan besar sekiranya berulang lagi.

Justeru, beliau berkata tiga pelan perlu diambil untuk memastikan insiden sedemikian tidak berulang. Antaranya termasuk pembekal perisian perlu menambah baik prosedur ujian sebelum pelaksanaannya, serta mempunyai ulasan berkala dan kemas kini rancangan masing-masing.

Berkaitan

  • Gangguan "CrowdStrike" Microsoft Memberi Kesan Hampir Seluruh Dunia
  • MyCERT Keluar Pemakluman Kepada Pengguna Terjejas Akibat Gangguan 'CrowdStrike'
  • Kira-Kira 8.5 Juta Peranti Windows Terjejas Akibat Gangguan CrowdStrike - Microsoft
  • CEO CrowdStrike Dipanggil Beri Keterangan Berhubung Gangguan Teknologi Global

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY