Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garena Free City

‘Game’ Dunia Terbuka Baharu Daripada Garena Kini Dibuka Untuk Pra-Daftar Di iOS, Android

Diterbitkan April 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Garena secara rasmi membuka pra-pendaftaran untuk Free City, sebuah permainan pengembaraan dunia terbuka untuk iOS dan Android.

Permainan ini menawarkan pemain peluang meneroka bandar terbuka sambil bersaing untuk menguasai daerah melalui pertempuran strategi serta misi menarik.

Pemain boleh menggunakan dron untuk mencari kotak misteri dan mengumpul mata bakat bagi meningkatkan kemahiran karakter. Selain itu, permainan ini menyediakan pelbagai pilihan penyesuaian seperti rupa karakter, pakaian, senjata, dan kenderaan.

Pemain boleh mencipta sehingga empat watak berbeza dalam satu akaun dengan cerita tersendiri. Garena Free City turut menawarkan pelbagai mod permainan, antaranya PvP, PvE, permainan kasual, dan perlumbaan kenderaan.

Interaksi sosial amat digalakkan menerusi pembentukan kumpulan atau komuniti untuk menyelesaikan cabaran bersama. Pemain yang mendaftar awal akan mendapat ganjaran khas seperti kenderaan eksklusif Marauder Hyena.

Free City akan dilancarkan secara global akhir tahun ini dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Penyelidik Guna Teknologi Awan Kesan Dan Buang 'Malware' Dari Peranti Android
  • GrabX Tiba Di Malaysia: AI Kini Faham Apa Anda Mahu, Sebelum Anda Sendiri Tahu
  • Ini 4 Monitor 'Gaming' Terbaru Samsung Untuk Tahun 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY