Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ezgif.com-webp-to-png (11)

Gambar Penuh Fitness Tracker realme SayHat Muncul Di Weibo

Diterbitkan Januari 22, 2020 · Dikemas kini Januari 22, 2020 oleh Amalina Athman

Fitness tracker realme ditunjukkan buat pertama kalinya oleh CEO realme, Madhav Sheth di pelancaran Realme 5i. Kini, gambaran penuh fitness tracker tersebut yang akan dilancarkan sebagai realme SayHat (Realme Sayहत) telah muncul di laman sesawang.

Imej tersebut dikongsikan di Weibo dan menunjukkan ia mempunyai tali silikon berwarna kuning, sama seperti yang ditunjukkan oleh CEO realme.

realme SayHat

Peranti yang mungkin boleh ditanggalkan ini mempunyai skrin sentuhan monokromatik seperti Mi Band 2. Ia mungkin mempunyai paparan OLED dengan saiz skrin kira-kira 0.78 inci.

Selain itu, ia juga menunjukkan peranti ini mempunyai kiraan langkah dan kalori serta dipaparkan pada skrin utama. Tidak dapat dipastikan ciri lain yang disertakan, namun ia juga mungkin mempunyai sleep tracker. Imej tersebut juga tidak menunjukkan jika ia mempunyai sensor denyutan jantung atau jika realme membuangnya sama seperti yang dilakukan Xiaomi pada Mi Band 3i.

Tiada maklumat mengenai bila realme akan mengumumkan mengenai fitness tracker ini. Tetapi, menurut sumber, India akan menjadi pasaran pertama untuk peranti ini.

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY