Berdasarkan sumber di Weibo oleh Ice Universe, Galaxy S9 akan dipasarkan dengan fon telinga AKG yang disokong dengan sambungan Bluetooth. Ini membayangkan bahawa Samsung bakal menampilkan rekaan tanpa bicu audio keatas siri Galaxy S telefon berkenaan.
Jika dilihat sebelum ini, Ice Universe mempunyai rekod prestasi yang baik dalam mengeluarkan informasi seperti itu, tetapi tidak boleh dipercayai bulat-bulat kerana ianya bukanlah informasi yang rasmi.
Dengan spekulasi yang tersebar ini, Samsung bakal mengikut jejak langkah Apple dan Google dalam membuang bicu audio pada telefon pintar mereka, yang mana ia dapat meningkatkan keupayaan kalis air sesebuah peranti.
Sumber: Ice Universe
Berkaitan
- Galaxy Tab A 2017 Diperkenalkan Dengan Harga RM1199
- Rekaan Sebenar Galaxy Fold 2 Mula Kelihatan
- TV Samsung QLED 8K Bakal Buat Kemunculan Di IFA Berlin 2018
- Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Untuk Samsung Galaxy Note 10 Dan Note 10+
- Samsung Galaxy M31s Dilihat Tampil Dengan Bateri 6000mAh Dan Exynos 9611
- Imej Yang Didakwa Sebagai Telefon Pintar Lipat Samsung W2018 Tertiris
- Samsung Galaxy S9+ Dikatakan Kelihatan Di Dalam Penyenaraian GeekBench
- Samsung Malaysia Akan Perkenal Siri Galaxy A Pada 5 Januari 2017
- Inilah Kos Untuk Menghasilkan Samsung Galaxy S8
- Pelayar Internet Samsung Versi Beta Kini Boleh Dimuat Turun Dari Google PlayStore