Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy s22

Galaxy S23 Belum Keluar, Tapi Ura-Ura Kata Samsung Akan Ganti Sensor Telefoto Pada Galaxy S24 Ultra

Diterbitkan Disember 29, 2022 · Dikemas kini Disember 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung Galaxy S23 dijangka rasmi pada bulan Februari 2023. Namun, muncul pula ura-ura tentang Galaxy S24 Ultra yang masih jauh lagi perjalanannya untuk melihat dunia.

Apa yang dikhabarkan kali ini ialah Galaxy S24 Ultra kelak akan hadir dengan sensor atau juga mungkin teknologi baharu menggantikan lensa telefoto sedia ada.

The Galaxy S24 Ultra is expected to replace the telephoto sensor and adopt a new solution. I think the main camera will remain the same or be slightly changed.

— I'm back! (@UniverseIce) December 28, 2022

Ice Universe bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut apakah Samsung akan menggunakan sensor baharu atau mekanisme yang langsung baharu bagi ciri zum pada telefon itu.

Beliau hanya berkata Samsung akan gantikan sensor telefoto dan akan menggunakan penyelesaian baharu. Tambahnya lagi, bagi kamera utama, ia akan kekal seperti model sebelumnya ataupun hanya mengalami sedikit penambahbaikan kecil.

Berkaitan

  • Gambar Bateri Galaxy S23 Ultra Tertiris, Rekaan Juga Diramal Sama Dengan S22 Ultra
  • Selamat Tinggal Exynos, Kesemua Model Galaxy S23 Akan Guna Cip Snapdragon
  • Siri Samsung Galaxy S23 Dikatakan Bakal Diperkenal Pada Februari 2023
  • Spesifikasi Rasmi Galaxy S23 Ultra Didedahkan, Tak Seperti Yang Dihebohkan
  • Serba Baharu, Ini Mungkin Rekaan Setiap Model Siri Galaxy S23

Dalam perkembangan lain, LG baru-baru ini dalam CES 2023 telah memperkenal modul baharu sensor telefoto yang memberikan prestasi sebaik lensa DSLR.

Teknologi khas padanya menawarkan keupayaan zum optikal sebenar tanpa kehilangan butiran yang banyak. Ia mampu memberikan continous zoom daripada 4x hingga 9x.

 Modul kamera zum optikal telefoto LG
Modul kamera zum optikal telefoto LG

Sama ada Samsung menggunakan modul LG ini ataupun hadir dengan teknologi atau lensa sendiri, ia pastinya akan bawakan pembaharuan besar untuk ciri zum pada Galaxy S24 Ultra kelak.

Untuk Galaxy S23 Ultra, antara perkara yang berkemungkinan besar jadi kenyataan ialah penggunaan sensor 200MP buatan mereka.

Sumber: Ice Universe, PRN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY