Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 Ultra Mungkin Guna Sensor Kamera 200MP

Spesifikasi Rasmi Galaxy S23 Ultra Didedahkan, Tak Seperti Yang Dihebohkan

Diterbitkan Disember 13, 2022 · Dikemas kini Disember 13, 2022 oleh ariff bukhari

Pangkalan data TENAA telah mendedahkan spesifikasi yang dipercayai adalah bagi model terbaru telefon pintar flagship Samsung Galaxy S23.

Berdasarkan data yang didedahkan itu, model peranti SM-S9180 (Galaxy S23 Ultra) itu dilengkapi dengan kamera utama 108MP (berbeza daripada khabar angin 200MP yang dihebohkan sebelum ini).

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S23 Sah Dijana Snapdragon, Exynos Mungkin Tiada Lagi
  • Samsung Galaxy S23 Ultra Mungkin Guna Sensor Kamera 200MP
  • Siri Samsung Galaxy S23 Dikatakan Bakal Diperkenal Pada Februari 2023

Ia juga dilengkapi dengan kamera Telefoto 12MP, 12MP Ultra-Lebar beserta satu lagi sensor 2MP yang hadir pada modul kamera belakang peranti.

Resolusi paparan adalah 1440 x 3088 piksel (QHD+) yang bersaiz 6.8 inci, dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 yang dipertingkatkan kepada 3.36GHz, RAM 8GB/12GB serta pilihan storan dari 256GB, 512GB, dan 1TB.

Sementara kapasiti baterinya pula adalah 4855mAh.

Spesifikasi Rasmi Galaxy S23 Ultra Didedahkan, Tak Seperti Yang Dihebohkan

Samsung dijangka melancarkan siri telefon pintar flagship Galaxy S23 pada suku pertama tahun 2023 nanti.

Sumber: My Fix Guide

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY