Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 Ultra Mungkin Guna Sensor Kamera 200MP

Siri Samsung Galaxy S23 Dikatakan Bakal Diperkenal Pada Februari 2023

Diterbitkan November 29, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Samsung dikatakan telah mengesahkan keluaran siri peranti Samsung Galaxy S23 di Amerika Syarikat pada Februari 2023.

Menurut eksekutif syarikat tersebut, siri Galaxy S23 akan muncul pada acara rasmi Unpacked yang bertempat di US.

Tiada sebarang sumber yang ingin menyatakan spesifikasi tarikh dan tempat. Namun, media tempatan ada menyatakan bahawa acara tersebut berlangsung di San Francisco.

CFO Qualcomm, Alkash Palkhiwala telah mengesahkan bahawa siri Galaxy S23 akan mula menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Cip tersebut dikilangkan oleh Taiwan TSMC.

Akan tetapi, harga yang ditetapkan mungkin akan lebih tinggi berbanding daripada siri S21 dan S22 oleh kerana tekanan inflasi.

Siri S23 bakal dilancarkan pada waktu yang agak mencabar oleh kerana ekonomi secara global yang semakin perlahan dan juga perintah berkurung di China.

Berkaitan

  • Saintis Berjaya Hasilkan Otot Sintetik, Lebih Kuat Dari Kevlar
  • Majikan Boleh Gantikan Hari Lain Sebagai Ganti Cuti Umum Isnin Ini -MOHR
  • Pengguna Android Dengan GPU Mali Berdepan Kecacatan Keselamatan Kritikal
  • Cepat Rebut Permainan Popular Berharga RM159 Ini Secara Percuma Sekarang
  • Siri Xiaomi 13 Akan Diperkenal 1 Disember Ini
  • But Dengan Teknologi NASA Selamatkan Kaki Neymar

Jualan secara global untuk telefon pintar telah menurun sebanyak 11% pada bulan Oktober berbanding daripada tahun lepas.

Manakala untuk Samsung pula, hasil jualan telah pun menurun sebanyak 11% pada bulan lepas. Namun, Apple menunjukkan peningkatan pada jualan telefon pintar mereka sebanyak 10% oleh kerana siri iPhone 14 yang terbukti semakin terkenal.

Sumber: KoreaJoongAng Daily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY