Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fungsi Kumpulan Di Dalam Facebook Diberi Fungsi Baharu

Fungsi Kumpulan Di Dalam Facebook Diberi Fungsi Baharu

Diterbitkan Oktober 29, 2017 oleh Wiser MY

Kumpulan atau ‘group’ di dalam laman sosial Facebook telah menjadi sesuatu yang mungkin Mark Zuckerberg sendiri tidak dapat jangkakan 13 tahun dahulu. Senarai kumpulan yang berada di dalam Facebook telah meliputi hampir ke semua perkara dari hobi hinggalah ke tempat orang berjual-beli.

Kumpulan menjadi tempat pertemuan orang ramai secara maya tanpa perlu bersusah payah ke suatu tempat fizikal. Pengelola kumpulan atau ‘admins’ diberi tugas untuk menyelia kumpulan masing-masing agar ahli kumpulan mematuhi peraturan yang digariskan.

Sering kali ahli kumpulan melanggar peraturan-peraturan di dalam kumpulan menyebabkan ‘admin’ terpaksa membuang kiriman atau membuang ahli tersebut dari kumpulan.

Untuk itu Facebook telah menambah fungsi terbaru dalam kumpulan dengan memberi ‘admins’ kuasa untuk melarang sementara ahli kumpulan dari membuat kiriman. Ahli terbabit tidak akan dapat membuat sebarang kiriman dan memberi komen buat semenatara waktu.

Facebook juga menambah lencana untuk pengelola kumpulan bagi membantu ahli kumpulan terbaru untuk mengenali pengelola kumpulan masing-masing.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY