Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FOX streaming

Fox Dijangka Lancar Perkhidmatan Penstriman Menjelang Akhir Tahun Ini

Diterbitkan Februari 5, 2025 · Dikemas kini Februari 5, 2025 oleh Amalina Athman

Fox dilaporkan bersedia untuk melancarkan perkhidmatan penstriman kendiri menjelang akhir tahun ini.

CEO Fox, Lachlan Murdoch berkata perkhidmatan penstriman itu akan menawarkan pakej penstriman yang lengkap dan pelbagai, menampilkan sukan serta berita daripada jenama sedia ada rangkaian itu.

Murdoch menyatakan bahawa jangkaan langganan Fox akan bersifat “sederhana” dan harga perkhidmatan itu akan ditetapkan secara mampu milik.

Untuk makluman, Fox sudah pun memiliki perkhidmatan penstriman percuma yang disokong iklan, Tubi. Namun, ia hanya terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat.

Syarikat itu juga pernah bekerjasama dengan Warner Bros. Discovery (WBD) dan ESPN milik Disney dalam perkhidmatan penstriman sukan Venu, tetapi tidak kesampaian dan kini telah pun dibatalkan.

Sama seperti bekas rakan kongsinya, perkhidmatan penstriman kendiri akan memberi Fox platform khusus untuk menyiarkan acara sukan secara langsung. WBD sudah pun menawarkan siaran sukan langsung melalui Max, manakala ESPN merancang untuk melancarkan perkhidmatan penstriman khasnya sendiri tahun ini.

Berkaitan

  • Netflix Dan Viu Platform Penstriman Berbayar Paling Popular Di Malaysia
  • Kenaikan Harga Langganan Netflix, Ini Pelanggan Unifi TV Perlu Tahu
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • ESPN, FOX, Warner Bros. Discovery Batalkan Rancangan Lancar Platform Penstriman 'Venu Sports'

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY