Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
espn fox warner bros venu

ESPN, FOX, Warner Bros. Discovery Batalkan Rancangan Lancar Platform Penstriman ‘Venu Sports’

Diterbitkan Januari 13, 2025 ยท Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh Amalina Athman

ESPN, FOX dan Warner Bros. Discovery (WDB) telah membatalkan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan penstriman sukan, Venu Sports.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan minggu lalu, ketiga-tiga syarikat itu mengumumkan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan usaha sama yang dirancang adalah berkuat kuasa serta-merta.

Selepas pertimbangan yang teliti, kami secara kolektif telah bersetuju untuk menghentikan usaha sama Venu Sports dan tidak melancarkan perkhidmatan penstriman tersebut. Dalam pasaran yang sentiasa berubah, kami memutuskan bahawa adalah lebih baik untuk memenuhi permintaan peminat sukan yang semakin berkembang dengan memberi tumpuan kepada produk dan saluran pengedaran sedia ada. Kami berbangga dengan usaha yang telah dilakukan terhadap Venu setakat ini dan amat berterima kasih kepada kakitangan Venu, yang akan kami sokong sepanjang tempoh peralihan ini.

Mengimbas kembali, ESPN, Fox dan WBD pertama kali mengumumkan Venu pada Februari tahun lalu, yang pada asalnya dijadualkan untuk pelancaran pada musim luruh 2024.

Aplikasi kendiri ini sepatutnya memberikan penonton akses kepada pelbagai siaran langsung perlawanan dari NFL, NBA, WNBA, MLB, UFC, PGA Tour Golf, Piala Dunia FIFA, Fox Sports 1, Fox Sports 2 dan banyak lagi.

Venu Sports, the proposed virtual MVPD service from ESPN, FOX & Warner Bros. Discovery, will be discontinued

The collective decision by the three companies not to move forward with the contemplated joint venture is effective immediately

More: https://t.co/Cvwv2h601G pic.twitter.com/lylDeHDy9p

— ESPN PR (@ESPNPR) January 10, 2025

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Astro Perbaharui Nama Dan Nombor Saluran Sukan Bermula 17 Oktober
  • Sukan SEA 2025 Thailand, Mobile Legends Sah Akan Dipertandingkan
  • Astro Peroleh Hak Penyiaran EPL Sehingga 2028

Sumber: ESPN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY