Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Fortnite Mula Ditawarkan Untuk Semua Pengguna Android Tanpa Perlu Jemputan

Posted on Oktober 12, 2018

Pada yang tidak sabar-sabar untuk bertempur dalam permainan mudah alih popular, Fortnite, kini boleh dimuat turun dan dimainkan tanpa perlukan jemputan.

Pertama kali dilancarkan untuk platform Android, ia hanya dikhaskan untuk peranti siri Galaxy dari Samsung.

Tidak lama selepas itu, penawaran kepada peranti Android lain turut dibuka.

Mungkin ada yang belum tahu, Fortnite tidak tersedia di Google PlayStore dan muat turun perlu dibuat dari laman rasmi mereka.

Tidak semua peranti Android menyokong permainan ini. Senarai peranti yang boleh memainkan Fortnite adalah seperti dibawah.

  1. Samsung Galaxy: S7 / S7 Edge , S8 / S8+, S9 / S9+, Note 8, Note 9, Tab S3, Tab S4
  2. Google: Pixel / Pixel XL, Pixel 2 / Pixel 2 XL
  3. Asus: ROG Phone, Zenfone 4 Pro, 5Z, V
  4. Essential: PH-1
  5. Huawei: Honor 10, Honor Play, Mate 10 / Pro, Mate RS, Nova 3, P20 / Pro, V10
  6. LG: G5, G6, G7 ThinQ, V20, V30 / V30+
  7. Nokia: 8
  8. OnePlus: 5 / 5T, 6
  9. Razer: Phone
  10. Xiaomi: Blackshark, Mi 5 / 5S / 5S Plus, 6 / 6 Plus, Mi 8 / 8 Explorer / 8SE, Mi Mix, Mi Mix 2, Mi Mix 2S, Mi Note 2
  11. ZTE: Axon 7 / 7s, Axon M, Nubia / Z17 / Z17s, Nubia Z11
  12. HTC: 10, U Ultra, U11/ U11+, U12+
  13. Lenovo: Moto Z/Z Droid, Moto Z2 Force
  14. Sony: Xperia XZ/Premium, Xzs, XZ1/Compact, XZ2/Premium/Compact, XZ3

Jika telefon pintar anda tidak tersenarai, ia mungkin sedang dalam proses penawaran. Spesifikasi asas yang digalakkan untuk  memainkan Fortnite adalah.

  • Android Ore0 8.0 dan keatas
  • RAM 3GB dan keatas
  • GPU Adreno 530 dan keatas, Mali-G71 MP20, Mali-G72 MP12 dan keatas.

Nak muat turun Fortnite? Tekan sini

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress