Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Football Manager 25 Dibatalkan, Ini Mesej Daripada Pembangun Buat Peminat

Football Manager 25 Dibatalkan, Ini Mesej Daripada Pembangun Buat Peminat

Diterbitkan Februari 8, 2025 ยท Dikemas kini Februari 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Berita mengejutkan buat peminat siri simulasi pengurusan bola sepak Football Manager. Sports Interactive secara rasmi mengumumkan bahawa Football Manager 25 (FM25) telah dibatalkan.

Keputusan ini dibuat selepas perbincangan panjang dengan SEGA, di mana mereka akhirnya bersetuju untuk menghentikan pembangunan dan memberi tumpuan kepada keluaran seterusnya, iaitu FM26.

Kenapa FM25 Dibatalkan?

FM25 sepatutnya menjadi perubahan besar dalam francais ini, membawa peningkatan teknikal dan visual yang lebih maju berbanding versi terdahulu. Namun, menurut Sports Interactive;

pelbagai cabaran yang tidak dijangka menyebabkan permainan ini gagal mencapai standard yang diharapkan.

Football Manager 25 Dibatalkan, Ini Mesej Daripada Pembangun Buat Peminat
Kredit: the new york times

Sebelum ini, FM25 sudah mengalami dua kali penundaan tarikh pelancaran. Walaupun pasukan pembangun telah berusaha keras untuk memperbaiki permainan, ujian dalaman dan maklum balas daripada pemain menunjukkan bahawa pengalaman pengguna dan antara muka masih belum berada pada tahap yang memuaskan.

Mereka juga tidak mahu melancarkan permainan dalam keadaan yang tidak sempurna dan bergantung kepada kemas kini selepas jualan untuk memperbaikinya.

Selain itu, mereka juga mengambil kira faktor musim bola sepak. Jika FM25 dilancarkan selepas bulan Mac, jualannya mungkin terjejas kerana terlalu dekat dengan musim baharu.

Bagaimana Dengan Pemain Yang Sudah Prapesan?

Bagi mereka yang telah membuat prapesanan FM25 melalui pengedar rasmi SEGA, wang akan dipulangkan secara automatik. Jika terdapat sebarang masalah, pembeli disarankan untuk menghubungi tempat pembelian mereka.

Apa Akan Jadi Dengan Football Manager Seterusnya?

Walaupun FM25 dibatalkan, Sports Interactive memberi jaminan bahawa mereka kini menumpukan sepenuh perhatian untuk memastikan keluaran seterusnya mencapai tahap kualiti yang lebih tinggi. Mereka akan berkongsi perkembangan terkini apabila tiba masanya.

Football Manager 25 Dibatalkan, Ini Mesej Daripada Pembangun Buat Peminat
Kredit: game creator UK

Sementara itu, FM24 masih boleh dimainkan, tetapi tiada kemas kini untuk musim 2024/25 kerana pasukan pembangun mahu fokus sepenuhnya pada versi seterusnya. Perbincangan sedang dijalankan untuk memastikan FM24 terus tersedia di platform langganan seperti Game Pass dan Apple Arcade.

Keputusan ini pastinya mengecewakan peminat yang telah lama menantikan FM25. Namun, Sports Interactive berjanji akan kembali dengan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan Football Manager.

Jadi, kepada anda luar sana, jangan kecewa lama-lama. Saya sendiri turut kecewa kerana menunggu FM25 rasmi tetapi sebaliknya yang berlaku.

Mungkin Sports Interactive tidak mahu mengeluarkan permainan separuh masak seperti sesetengah pembangun yang hanya mengaut keuntungan semata-mata. Biarlah ia benar-benar berkualiti untuk disajikan kepada pemain. Sama-sama kita nantikan.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • CEO Xbox Sahkan Rancangan Bawa Permainan Xbox Ke Nintendo Switch 2
  • Forza Horizon 5 Tiba Untuk PS5 Tahun Ini
  • Jangan Risau, CEO Take-Two Sahkan GTA 6 Tetap Rasmi Tahun Ini

Sumber: Football Manager

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
©2026 WISER.MY