Penghujung Disember 2023, para gamer dikejutkan dengan treler pertama GTA 6. Sejak dari itu, Rockstar umpama diam dan tidak bercakap apa-apa mengenainya lagi selain mengatakan ia akan dilancarkan pada 2025.
Disebabkan itu, ramai yang beranggapan bahawa pelancaran permainan tersebut akan ditangguhkan di mana tidak tersedia pada tahun ini.
Namun, jangan risau. Ini kerana, CEO Take-Two, Strauss Zelnik menekankan bahawa GTA 6 akan dilancarkan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun tiada tarikh spesifik tetapi beliau mengatakan yang syarikat mereka sudah bersedia untuk musim luruh ini.
Beliau turut sedar yang permainan tersebut sangat mengujakan peminat di seluruh dunia. Ramai juga akur yang Rockstar sangat mementingkan kesempurnaan dalam setiap permainan mereka. Oleh itu, ia mengambil masa sebelum rasmi.
Buat pengetahuan, permulaan musim luruh 2025 adalah sekitar bulan September. Sebelum ini, Take-Two pernah mengesahkan yang GTA 6 bakal dilancarkan pada September 2025.
Jadi, kita perlu menunggu masa sahaja sebelum kita dapat mengetahui tarikh pelancarannya. Apabila ia rasmi, francais popular yang sudah lebih 10 tahun tidak ada pengganti itu akan pasti ‘meletup’ dan menjadi perbualan hangat.
Mungkin, beberapa permainan yang dijadual tersedia tahun ini akan “tenggelam”.
{suggest}