Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Xperia 1 VI Diiktiraf Telefon Pintar Terbaik Untuk Pencipta Kandungan

Sony Xperia 1 VI Diiktiraf Telefon Pintar Terbaik Untuk Pencipta Kandungan

Diterbitkan Ogos 29, 2024 · Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda pencipta kandungan atau pempengaruh (influencer), mungkin inilah telefon pintar terbaik untuk anda dalam menghasilkan kandungan-kandungan dengan visual berkualiti.

Ini kerana EISA telah menobatkan telefon pintar terbaru, Sony Xperia 1 VI sebagai peranti terbaik untuk pencipta kandungan.

Mengulas lanjut pemilihan mereka itu, EISA berkata, rakaman dari Sony Xperia 1 VI  berkeupayaan penggambaran filem yang mengagumkan dengan sensor ‘Exmor T untuk mudah alih’.

Bagi mereka yang meminati fotografi, ia dilengkapi tiga kamera dengan lensa standard 16mm dan 24mm serta panjang fokus tambahan 48mm serta lensa telefoto optik berterusan 85-170 mm dengan keupayaan tele makro.

Semua lensanya dilengkapi dengan optik ZEISS dan teknologi mengimbas gaya manusia.

Sony Xperia 1 VI Diiktiraf Telefon Pintar Terbaik Untuk Pencipta Kandungan

Peranti ini menyokong rakaman video HDR 4K sehingga 120fps, memastikan kualiti sinematik dan hasil rakaman yang menakjubkan.

Untuk paparan, ia menggunakan skrin OLED 6.5 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, pemproses Snapdragon 8 Gen 3, dan bateri 5000mAh yang membolehkan penggunaan sehingga dua hari.

Sony Xperia 1 VI telah pun dilancarkan pada Mei lalu yang ditawarkan pada harga RM6,499.

Beli Sony Xperia 1 VI dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllmfrl
  • Lazada – https://invol.co/cllmfrg

Sumber: EISA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cepat Beli XPERIA 1 VI Dan Dapat Percuma Fon Kepala Premium Sony WH-1000XM5 Berharga RM1,799
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • EISA Nobatkan HONOR 200 Pro Telefon Pintar Terbaik 2024/25
  • OPPO Reno12 Pro, Telefon Pintar AI Terbaik EISA 2024/25

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY