Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
i (6)

FBI Mendakwa Penggodam Iran Kerana Membocorkan Siri Game of Throne

Diterbitkan November 22, 2017 oleh Wiser MY

Pihak FBI Amerika Syarikat telah mendakwa penggodam dari Iran, Behzad Mesri kerana menggodam HBO serta membocorkan siri episod yang belum ditayangkan termasuk Game of Throne. Penggodam yang menggunakan kata nama ‘Skote Vashat’ atau ‘Mr. Smith’ telah mencuri data sebesar 1.5TB dari HBO dan meminta wang ugutan sebanyak $6 juta Bitcoin.

FBI Mendakwa Penggodam Iran Kerana Membocorkan Siri Game of Throne

Penggodam tersebut bukanlah sebarangan kerana dia dikaitkan dengan kementerian pertahanan Iran. Mengikut Jabatan Keadilan US (DoJ), Mesri bekerja bagi pihak tentera Iran untuk melakukan serangan terhadap ketenteraan dan sistem nuklear negara lain.

Penggodam itu juga mensasarkan infrastruktur Israel bagi pihak Iran. Dia juga pernah menjadi ahli untuk kumpulan penggodam Iran bernama Turk Black Hat dan telah merosakkan beratus laman sesawang di seluruh dunia.

FBI Mendakwa Penggodam Iran Kerana Membocorkan Siri Game of Throne

Walau bagaimanapun, FBI tidak mempunyai kuasa bagi menahan Mesri di Iran kerana Amerika Syarikat tidak mempunyai perjanjian ekstradisi bersama Iran. Ini bermakna selagi Mesri berada di Iran, pihak berkuasa Amerika Syarikat tidak dapat berbuat apa-apa terhadapnya.

Kenyataan dari pihak berkuasa Amerika Syarikat itu menandakan yang Amerika Syarikat bersedia untuk membanteras penjenayah siber di seluruh dunia. Realiti untuk Mesri sekarang ialah untuk tidak ke luar negara sewenang-wenangnya kerana dia boleh ditahan bila-bila masa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY