Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Uji Fungsi Tarik Balik Mesej Pada Messenger

Facebook Uji Fungsi Tarik Balik Mesej Pada Messenger

Diterbitkan Oktober 14, 2018 · Dikemas kini Oktober 14, 2018 oleh Helmi Samsuri

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Terlajak mesej dekat Messenger, unsend message lah jawabnya.

Ramai dalam kalangan kita mungkin menyesali perbuatan menghantar mesej tanpa menggunakan otak dan akibatnya, si penerima berasa marah, sedih, hiba dan bermacam-macam lagi.

Tapi setiap perkara ada penawarnya, dimana Facebook dikatakan  sedang menguji fungsi menarik balik mesej yang telah dihantar menerusi aplikasi Messenger.

Berdasarkan imej yang dikutip dari Twitter @wongmjane, fungsi terbabit membolehkan anda menarik balik atau memadam mesej yang telah dihantar kepada si penerima.

Facebook Messenger is finally working on “Unsend Message” in the app for everyone!

Tip @Techmeme pic.twitter.com/5OtQrmyID3

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) October 12, 2018

Difahamkan, ciri ini hanya boleh digunakan dalam tempoh masa yang terhad. Untuk mengaktifkannya pengguna perlu menekan lama pada mesej, dan paparan arahan akan muncul.

Buat masa sekarang, belum diketahui lagi bilakah penawaran kepada umum akan dibuat.

Sumber: @wongmjane via Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY