Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Uji Ciri Baru – News Feed Dibahagi Kepada Dua Bahagian, Perkongsian Rakan Atau Pages

Facebook Uji Ciri Baru – News Feed Dibahagi Kepada Dua Bahagian, Perkongsian Rakan Atau Pages

Diterbitkan Oktober 24, 2017 oleh Helmi Samsuri

Facebook dilaporkan sedang menguji satu ciri baru dimana ruangan News Feed akan dibahagi kepada dua bahagian – Perkongsian dari rakan dan lagi satu perkongsian dari Pages yang anda ikuti.

Untuk ruangan News Feed utama, ia kelihatan seperti biasa yang dipenuhi dengan perkongsian oleh keluarga, rakan dan juga iklan-iklan. Bagi ruangan News Feed kedua pula, ia akan menghimpunkan perkongsian dari Page yang diikuti pengguna dan ciri ini sudahpun mula diuji sejak minggu lepas.

Facebook menjelaskan pengguna media sosial itu mahukan cara yang lebih mudah untuk melihat perkongsian dari rakan serta keluarga dan disebabkan itu mereka cuba mengasingkan perkongsian yang lalu di News Feed.

Sedikit menggusarkan tentang ciri ini adalah kepada Pages dimana perkongsian akan kurang mendapat perhatian dari pengguna yang lain. Ini juga mungkin langkah Facebook dalam menarik perhatian pengendali Pages supaya menggunakan khidmat iklan mereka.

Buat masa sekarang, ciri itu diuji di 6 buah negara, Sri Lanka, Bolivia, Slovakia, Serbia, Guatemala, dan Cambodia. Facebook juga masih belum ada perancangan untuk menawarkan ciri ini secara global.

Dengan adanya dua ruangan News Feed yang berbeza ini, adakah ia memudahkan anda atau tidak?

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY