Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fb ig-01

Facebook Sedang Menguji “Cross-Posting” Dari Facebook Stories Ke Instagram

Diterbitkan Mac 10, 2020 oleh Amalina Athman

Facebook dilaporkan sedang mencuba fungsi baru yang membenarkan Facebook Stories dikongsi ke Instagram Stories. Pada masa ini, Instagram Stories boleh dikongsi ke Facebook Stories, namun sebaliknya pula tidak dibenarkan.

Dengan fungsi baru ini, ia akan membenarkan Stories dikongsi secara bertukar-tukar antara kedua platform ini. Perkara ini didedahkan oleh Jane Manchun Wong, yang mendapati terdapat pilihan untuk berkongsi Facebook Stories ke Instagram bagi peranti Androidnya.

Cross-Posting Facebook Stories

Dalam aplikasi tersebut, apabila Story dicipta, terdapat pilihan di bahagian Privacy untuk memilih siapa yang boleh melihat Stories tersebut, termasuk dimana lokasi pilihan untuk dikongsi ke Instagram berada.

Jurucakap Facebook menyatakan fungsi cross-posting ini diuji untuk menjadikannya lebih mudah dikongsi. Terdahulu, Facebook secara perlahan-lahan menambah fungsi Facebook pada Instagram sejak pemilik Instagram meninggalkan Facebook pada 2018.

Antara fungsi lain yang telah ditambah termasuk “Open Facebook” di bahagian tetapan Instagram, dan menambah perkataan “Instagram-From Facebook” yang ditunjukkan pada skrin hadapan aplikasi tersebut.

Sumber: MacRumors 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY