Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Messenger

Facebook Perkenal Rekaan Baru Aplikasi Messenger Bagi iOS – 2x Lebih Laju, 75% Lebih Kecil

Diterbitkan Mac 3, 2020 oleh Amalina Athman

Facebook kini melancarkan rekaan baru aplikasi Messenger bagi iOS untuk memberikan pengalaman pengguna (UX) yang lebih baik. Menurut Facebook, versi baru aplikasi ini adalah dua kali lebih laju dan saiz 75% lebih kecil berbanding versi sebelumnya.

Screenshot (311)

Dalam satu kiriman di Facebook, Mark Zuckerberg mengatakan apabila anda mengemaskini versi baru ini, Messenger akan menjadi lebih cepat dan lebih responsif berbanding aplikasi lain yang anda gunakan.

Selain itu, dengan rekaan baru yang minimalis ini, beberapa fungsi mungkin tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, tiada kenyataan lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi yang terkesan.

Dalam pada itu, menurut laporan TechCrunch, antara salah satu fungsi yang terkesan adalah pengeluaran tab Discover dari aplikasi tersebut. Facebook menyatakan fungsi yang dikeluarkan akan dikembalikan tidak lama lagi tetapi tiada tempoh masa yang tetap mengenainya.

Facebook kali terakhir melancarkan rekaan baru Messenger adalah pada Mei 2018. Bagi versi yang baru diumumkan ini, ia akan tersedia kepada pengguna iOS dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY