Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook News Feed Akan Siar Lebih Banyak Perkongsian Kenalan Berbanding Pages

Facebook News Feed Akan Siar Lebih Banyak Perkongsian Kenalan Berbanding Pages

Diterbitkan Januari 16, 2018 oleh Helmi Samsuri

Minggu lalu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah mengumumkan perubahan besar kepada platform media sosial terbabit.

Kemaskini dari platform media sosial terbabit akan mengubah ruangan suapan berita atau News Feed dengan memberi laluan utama kepada perkongsian kenalan berbanding perkongsian dari Pages, seperti Wiser.my.

Menurut kenyataan yang dibuat Zuckerberg pada akaun Facebook beliau, ia adalah langkah untuk suapan berita Facebook menjadi “interaksi sosial yang lebih bermakna”.

Langkah yang diambil ini dikatakan dapat membendung penyebaran berita-berita palsu dari Pages semakin banyak ketika ini.

Perkara ini sudahpun kedengaran sejak tahun lepas lagi tetapi dengan pengumuman yang dibuat oleh Zuckerberg ini bermakna pengguna bakal melihat perubahan pada suapan berita dalam beberapa bulan yang mendatang.

Sumber: Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
©2026 WISER.MY